Friday, 8 July 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 08 Jul 2016 12:00 PM PDT

MySensasi


Sinopsis Kau Aku Kita Raya

Posted: 07 Jul 2016 09:38 PM PDT

Sinopsis Kau Aku Kita Raya. Pasti ramai yang masih ingat akan drama Kau Aku Kita yang pernah menjadi ikutan pengemar drama melayu suatu ketika dulu. Drama adaptasi novel yang mengandingkan Saharul Ridzwan dan Janna Nick akan kembali lagi pada hari raya ini. Kau Aku Kita Raya yang akan disiarkan pada 6 Syawal di TV3 ( 11 ...

KedahLanie.info

Posted: 08 Jul 2016 10:15 AM PDT

KedahLanie.info


Sandro Da Silva akan tiba jam 2 petang nanti di Bumi Darulaman selepas rawatan di Brazil

Posted: 07 Jul 2016 09:28 PM PDT

Sandro Da Silva Tidak Sabar Kembali Jalani Latihan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Julai 2016 10:05 AM

    Oleh: BASHAH ZAINOL ABIDIN
    bza_56@yahoo.com.my

TIDAK senang berada di Brazil dan ingin cepat pulang ke Alor Setar untuk bersama rakan sepasukan melakukan persediaan menghadapi baki saingan Liga Malaysia.

Itulah situasi yang dihadapi pemain tengah Kedah, Sandro Da Silva selepas menjalani pembedahan tulang belakang di negara kelahirannya sejak Mei lalu.

Isteri Da Silva, Michele Franca berkata, suaminya bagaikan tidak sabar untuk pulang ke Alor Setar untuk kembali bersama pasukan kedah selepas pulih daripada kecederaan tulang belakang.

Jelasnya, Da Silva juga berhasrat untuk membantu Kedah ketika menentang Sarawak dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Rabu ini.

"Pasukan Kedah dan penyokongnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup suami saya. Dia rindukan rakan pemain, pegawai dan penyokong yang tidak dapat dipisahkan daripada fikirannya.

"Kami sekeluarga sudah biasa dengan gaya hidup di Kedah. Keprihatinan, kemesraan dan layanan yang baik penyokong Kedah adalah yang terbaik sepanjang karier Da Silva walaupun dia pernah bermain di Jepun, Turki dan Brazil sendiri.

"Dia berusaha setiap hari untuk memulihkan kecederaan tulang belakang selepas menjalani pembedahan. Sekarang saya yakin dia mampu memberikan yang terbaik untuk Kedah dan penyokongnya.

"Penderitaan selama tiga bulan ini akan ditamatkan apabila dia dapat beraksi bersama Kedah semula pada Rabu ini,” katanya kepada mStar Online.

Michele memberitahu, Da Silva yang kembali seorang diri dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 2 petang Jumaat (hari ini) sebelum ke Alor Setar.

Menurut ibu kepada dua anak itu, Da Silva juga berhasrat untuk kembali menjalani latihan sejurus tiba di Alor Setar bagi memastikan kecergasannya tidak terjejas.

"Saya berdoa dia akan dapat beraksi semula seperti biasa seperti musim lalu kerana tidak lagi mengalami kesakitan tulang belakang selepas pembedahan.

"Saya juga berterima kasih kepada KFA (Persatuan Bolasepak Kedah)  serta ribuan penyokong yang bersabar dan memberi peluang kepada Da Silva untuk merawat kecederaan di Brazil.

"Jasa baik ini tidak akan kami lupakan kerana banyak kenangan manis bersama pasukan Kedah dan penyokong," ujarnya.

Apabila terbocornya laporan audit 1MDB yang di OSA kan pada Hari Raya

Posted: 07 Jul 2016 07:21 PM PDT

Selepas bocor, Najib mesti dedah laporan audit 1MDB - Pua

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti mengubah status sulit berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB selepas laman web Sarawak Report membocorkan apa yang didakwanya sebagai sebahagian daripada dokumen rahsia berkenaan.

"Sarawak Report membekalkan hadiah terbaik buat rakyat pada Hari Raya ini dengan mendedahkan siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang cuba disembunyikan oleh pentadbiran Najib melalui Akta Rahsia Rasmi (OSA)," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu kenyataan malam semalam.

"Dengan semangat kejujuran dan kesopanan sepanjang bulan sambutan Aidil Fitri, Najib Razak mesti segera mengarahkan pengubahan status laporan Ketua Audit Negara, yang tidak pernah bermaksud untuk diklasifikasikan (di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA) selama-lamanya.

"Lagipun, jika beliau ikhlas tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan berkeras bahawa Sarawak Report sekali lagi mempalsukan dokumen dan dalam kes ini laporan Ketua Audit Negara, maka mendedahkan laporan 'sebenar' akan memusnahkan terus kredibiliti Sarawak Report," kata Pua.

Beliau berkata, kegagalan untuk mengubah status sulit laporan Ketua Audit Negara itu akan hanya meningkatkan syak wasangka orang ramai mengenai apa yang didakwanya boleh menjadi "penutupan terbesar dalam sejarah dunia".

Beliau berkata laman web yang dikendalikan oleh adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, Clare Rewcastle Brown, berjaya melakukan sesuatu yang dirinya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) gagal berbuat demikian.

"Ia adalah satu pencapaian walaupun saya tidak mampu melakukannya kerana pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin memutuskan bahawa walaupun anggota jawatankuasa itu tidak dibenarkan menyimpan sebarang salinan dokumen itu.

"Ini sebalik hakikat bahawa kami diberi kuasa khusus untuk mengakses laporan itu.

"Saya hanya boleh membaca laporan itu semasa mesyuarat PAC atau atas permintaan di pejabat Parlimen," kata Pua.

Menurut beliau, kebocoran dokumen itu sekiranya adalah sahih, menawarkan pengesahan dunia berhubung spekulasi sebelum mengenai alasan mengapa laporan audit itu diklasifikasikan di bawah OSA.

"Ia adalah kerana komen Ketua Audit Negara mengenai apa yang berlaku dan dokumen yang dibekalkan oleh 1MDB adalah lebih teruk daripada laporan PAC berhubung siasatan 1MDB," dakwa Pua.

Semalam laman web pendedah maklumat yang berpangkalan di London itu menerbitkan beberapa kandungan apa yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun dokumen berkenaan diklasifikasikan sebagai sulit di bawah (OSA).

"Sarawak Report telah mendapat akses meluas kepada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, bersama-sama dengan dokumen utama yang disertakan hasil siasatan itu," katanya.

Laman itu menyenaraikan pelbagai kebimbangan yang dicatatakan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya, terutamanya berkaitan dengan beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan.laman web, yang telah berada di barisan hadapan dalam laporan siasatan pada masalah 1MDB, mendakwa ia mempunyai dalam milikan laporan sulit.

Menurut portal itu, ia akan menerbitkan maklumat lanjut daripada laporan Ketua Audit Negara pada hari-hari akan datang.

Negara Kehilangan USD 6.87 B -  Raja-Raja Perlu Taklimat Khas Ketua Audit Negara 

Posted: 07 Jul 2016 06:13 PM PDT

Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh PM jatuh juga ke tangan Sarawak Report. 

Sepanjang laporan SR mengenai 1MDB - belum ada yang dapat dipertikaikan kebenarannya oleh kerajaan. 

Bermula hari ini, SR akan menyiarkan secara bersiri butir-butir dari Laporan AG itu. 

Laporan AG menyenaraikan sejumlah USD 6.87 B 'pelaburan yang tidak dapat disahkan' atau dalam bahasa mudah - wang negara yang dilesapkan - menerusi 1MDB! 

Usd 6.87 B bersamaan RM 27.7 Billion! 

Rakyat Malaysia yang gila saja tidak akan sensitif dengan jumlah ini. 

Bagaimana negara boleh membaca Laporan penting ini secara sah? 

Bagaimana tindakan  mengOSAkan penyelewengan ini dijadikan sebagai satu jenayah? 

Bolehkah YDP Agung dan Raja-Raja Melayu menitahkan mereka diberikan taklimat Khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan Laporan ini diberikan kepada mereka? 

Kemudian, Raja-Raja menitahkan ia dikelaskan semula sebagai bukan OSA. Diedarkan untuk dibaca oleh seluruh rakyat. 

Saya agak, TM Johor saja, sudah layak menitahkan sedemikian jika sebenarnya PM menghormati Raja-Raja dan tidak ada jenayah yang hendak ditutup. 

Adakah wajar, kerana satu makhluk bernama PM, satu  negara bernama Malaysia perlu dinafikan hak untuk mengetahui kedudukan tentang kepentingan negara mereka demi mengelakkan tindakan ke atas pihak yang telah melakukan dosa ke atas seluruh rakyat? 

Husam Musa
3 Syawal 1437/8 Julai 2016

OhDunia.My

Posted: 08 Jul 2016 08:28 AM PDT

OhDunia.My


Cantiknya Pilihan Hati awak, saya sudi berkongsi. Tapi jangan tinggal saya ye...

Posted: 08 Jul 2016 04:21 AM PDT



Hello semua, Selamat Hari Raya, aku nak share kisah abg aku dan kakak ipar aku. Aku bukan nak masuk campur hal rumah tangga diorang, sekadar nak share kisah diorang saje.

Abg(Paih, 26) dan kakak ipar(yaya, 22). Diorang baru setahun berkahwin, tapi kahwin bukan atas dasar cinta, kahwin sebab mak aku atas sebab tertentu, yaya ni student degree dekat usm, paih pulak baru dua tiga tahun kerja. Yaya ni anak tunggal, dan yatim piatu, parents dia meninggal 4 bulan lepas sebab accident.

Paih ni alim2 sikit, kire geng2 masjid, muka boleh tahan hensem, yaya pulak tak se"alim" paih, hanya budak perempuan biase je, pakai tudung biase je, tak labuh pon, tapi yaya ni manja, putih, gebu, muka manis. Dalam famili aku, paih seorang je yang dah kawin, kakak2 aku masih bujang. Paih satu satunya anak lelaki, ayah kami dah meninggal 6 tahun sudah. Dalam rumah semua perempuan.

Paih ni jenis tak membantah, ikut je cakap mak, mak suruh kahwin, dia kahwin, aku mula2 ingt paih betul2 terima yaya. Tapi paih tak ambil tahu langsung pasal yaya, lepas nikah dia keluar jumpa member, kenduri pon kawan2 paih tak datang, mungkin tak di jemput. Seingt aku, paih tak pernah tidur dalam bilik kalau yaya ada dekat rumah, selalunya paih akan tgk tv smpai terlena dpn tv.
Baru2 ni, minggu kedua bulan puasa, yaya kan sekarang tengah cuti sem, yaya kalau cuti akan balik rumah kami, malam tu dalam pukul 10 mcm tu, paih balik rumah dia nampak yaya, as his wife, yaya hulur tgn nk salam kan, tapi paih tak sambut pon salam yaya, dia buat tak tahu je. Dia terus blah pegi dapur. Masa kami dok tgh layan cerita dekat tv, paih dtg depan pastu dye sound yaya sbb tak jaga aurat, gara2 yaya pakai baju putih, jarang & tak cukup kain katanya, pastu tak pakai tudung.

Kami time tu bengang je rase, kakak aku(kak mila, 29) sound terus paih, back up yaya, bodoh ape paih ni, tu kan isteri dia, aurat tang mana, kejadah apa nak pakai tdg dlm rumah, lagipon rumah tu tak ada lelaki lain, hanya paih satu satunya, kakak no 2(kak fatin, 27) lagi seksi kalau diikutkan. Mungkin paih sengaja kot nak cari pasai ngn yaya, tapi yaya diam je, tak ade pulak nak melawan ke nak marah2 ke, dia bt tak tahu je smbl makan kudap2, yaya pon tahu paih memang tak berkenan dekat dia, serba serbi tak kena.

Esoknya, yaya siap2, pakai lawa2, pakai baju mcm nak keluar, siap tudung belit2 lagi. Mak tanya yaya nk pergi mana2 ke, yaya cakap tak, saja je nak melawa dekat rumah, padahal kami blh agak yang yaya sentap dgn paih pasal malam tadi. Sejak dari tu, yaya memang pakai baju tutup aurat, xpakai tshirt lengan pendek dah, siap pakai tudung dlm rumah. Kami rasa rimas pulak, kak mila selalu cakap, bukak je lah tudung tu, bkn ade siape pon, tapi yaya selalu cakap takpe, takpe, takpe.
Paih memang selalu cari pasal dgn yaya, selalu sgt lah sakitkn hati yaya, aku tak pasti sama ada yaya ni jenis penyabar atau memang jenis tak peduli kalau paih kondem dia, rilek je aku tgk, takde pulak nak melenting, ke dah tawar hati ke ape aku tak tahu.

Ada satu hari, awal pagi lagi, paih ada inform mak, yang malam ni ada kawan paih nak berbuka dekat rumah, mak pon cakap okay ja, mak on ja. Hari tu kami pon masak laa lebih sikit. Yelah, ada org nak dtg kan, semua berjalan lancar, dekat pukul 6.30 mcm tu, paih balik rumah, dengan "kawan" dia. Kami ingtkan lelaki, rupanya kawan perempuan, tudung labuh, berpurdah, satu uni dengan paih dulu. Kalau sekali tengok, kira secocok lah. Kak mila dengan kak fatin pergi dapur, tengok2 kan yaya, muka yaya cool gila, rilek mcm biasa, tapi hati siapa tahu kan, mak pulak dah bt muka tak berapa nak mesra, tapi kami sembang ja dengan kawan abg tu, atikah namanya, 24 tahun, sebaya dengan aku.
Kira dalm famili aku, yaya paling muda, yaya ni kalau dengan mak memang manja, lebih manja dari kami adik beradik, yaya ni jenis yg tunjukkan kasih syg, yaya tak segan nak peluk mak, cakap iloveyou kat mak, cium pipi, kami adik beradik pon tak manja mcm yaya, mungkin sbb yaya anak tunggal kot, kami ni segan sikit, hehe, tapi kami syg mak, syg gila2.

Lepas berbuka, kami solat siap2, paih jadi imam, lepas tu kami pon sembang2 lah kan, sambil2 duduk depan tv, yaya pon sembang je dgn atikah, kak fatin memang dah bagi hint mcm nak suruh atikah ni balik, dok tanya pkul bapa paih nak hntr balik apa semua.

Lepas hntr atikah balik, paih duduk sekali ngn kami, tanya pendapat mak pasal atikah tu, mak cakap oke je, tpi cara mak macam malas nak layan, sebab kalau boleh tak nak cakap hal mcm ni depan yaya, tapi paih ni bodoh, pentingkan diri, dia terus ckp, lepas raya kita hantar rombongan meminang ye mak. Mak terus terdiam, kak fatin terus cakap, kau ni memang tak pandai jaga hati org lain ke, kak fatin sound direct paih sampai paih cakap, nada rilek, kalau tak nak pinangkan tak ape, tak payah melenting, paih terus keluar rumah. Yaya cakap mengantuk, terus masuk bilik. Mak pon masuk bilik. Kak fatin dan aku masuk bilik kak mila, kami cerita dekat kak mila, kak mila cakap dia dah agak dah atikah tu ada apa2 dengan paih.

Kak mila cakap, geram dgn paih ni, alim tapi takkan tak tahu adab2 rumah tangga. Kami sembang2 smpai pukul 3 macam tu, dengar kereta paih masuk parking, dalam 10 minit mcm tu dengar paih panggil mak, mak pon bangun, kami pon pergi dekat mak, mak masuk bilik paih, tengok yaya tgh mengigau ke apa aku tak pasti, tapi dalam tidur dia menangis, mulut panggil mama dye, mama mana mama, nak mama, nak mama, mak kejut yaya, tapi yaya tak bangun2, paih masih ego, paih cakap yaya pura2 tagih simpati, entah lah.

Paih ni bengong pon ada, mak cakap yaya demam, mak marah paih dekat depan, apa yang kami dengar, paih cakap elok2 dengan mak, paih tak pernah sentuh yaya, paih siap cakap yaya tu dara lagi, yaya tak rugi apa pon. Paih rasa paih x sesuai dengan yaya, mak mengucap panjang.
Mak tanya kenapa bagi tahu awal2 tak suka yaya, paih cakap, dulu tak nak bangkang cakap mak, paih tak ada pon tinggi suara dengan mak, tapi paih cakap, antara sbb paih tak suka yaya, sbb yaya tak mcm atikah, nk sembang bab ilmu agama pon yaya tak pandai, nak sembang bab hadis pon yaya tak reti, masak pon tak pandai, kemas rumah tak pandai.

Tapi bagi aku paih tak boleh salah kan yaya sebab benda2 mcm tu, benda tu semua boleh belajar, boleh dididik diasuh, pendapat aku yaya ni pembersih, tak berkira, pemurah, tak memilih, paih pon bkn sempurna. Aku kesian dekat yaya, paih mcm jahat sgt, yang paling aku sedih, yaya ada tweet, "first time jadi makmum awk", "nak salam, tapi takut", lepas tu ada tweet2 lain, "cantiknye pilihan hati awak", "sy sudi berkongsi, tpi awk jgn tinggl sy ye, sy dh tak ada siapa", "tiba2 rindu mama" dan sebagainya.

Lepas yaya baik demam kami yang perempuan banyak keluar pergi jalan, berbuke di luar, masa dalam kereta mak tanya yaya, takde nak berbuka dengan kawan2 ke, yaya cakap, ada, tapi paih pesan jangan pergi mana2 selain dgn keluarga. Remuk hati mak, mak cakap, pergi je, nanti mak cakap dengan paih, tapi yaya cakap, takpe, takpe, takpe. Paih pulak berbuka sorang2 dekat rumah, mak pernah bukak purse yaya, mak tanya ade RM2 je ke yaya?, yaya cakap, alaaa malu lah mak bukak purse kite, duit kite dah habis byr yuran, malu lah kite, mak tanya paih tak bagi duit ke, yaya gelak2, lambat2 baru cakap bagi.

Walaupon arwah mak dan ayah yaya tinggal duit dekat yaya, tapi dia bkn jnis membazir, masa kami pergi cari baju raya pon yaya mcm tak minat, yaya cakap baju dia dah banyak, ada satu hari, mak belikan yaya gelang, tapi mak suruh paih bagi dekat yaya, konon mcm paih yg belikan gelang tu, tapi paih ckp, xpyh bagi lah mak, bazir je, abg simpan bagi dekat bakal menantu mak nanti je lah.
Aku tak tahu lah paih ni perangai mcm ape je lagi, org luar dok nmpk dye baik sgt, padahal dgn isteri sndri, layanan mcm apa je lagi. Aku mls nk masuk campur, tapi sepanjang yg aku nmpk dgn mata aku ni, paih ni kejam, kesian yaya.
– adik kau


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

Toknek.com RSS Feed

Posted: 08 Jul 2016 01:49 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


26 Sifat Eksyen Yang Kita Serin Amalkan

Posted: 07 Jul 2016 09:02 PM PDT


Ada 26 tanda tanda sifat eksyen yang adakalanya tanpa kita sedari selului kita amalkan Ingatlah jangan kita bersifat eksyen terhadap oghang lain pasai oghang eksyen tak akan masuk ke dalam jannah...

Disangka Bujang Bront Palarae Terima Komen Loqlaq

Posted: 07 Jul 2016 04:42 PM PDT


mai dengan pakej kacak dan jugak mempunyai gaya lakonan yang hebat Bront Palarae jugak kemaih menjaga ceghita peribadinya sehingga ada di kelompok peminatnya yang tak mengetahui bahawa pelakon ni ...

Dua Meninggai Dunia Serangan Di Pub Di Publika

Posted: 07 Jul 2016 10:32 AM PDT


kola LUMPUR Dua meninggai dunia manakala soghang lagi dalam keadaan kritikai susulan serangan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah pub di Jalan Dutamaih 1 di sini Ketua polih Daerah ...

Kau Syok Beraya Aku Pulak Yang Merana Ni Realiti Yang Berlaku

Posted: 07 Jul 2016 09:32 AM PDT


Nak berleter sikit Bagi aku hari ghaya bukanlah hari yang menyeronokkan sangat Ia merupakan hari yang penuh pengorbanan Pengorbanan apa Pengorbanan dari segi duit masa dan tenaga 1 DUIT...

Facebook Mengumumkan Opencellulaq Platform Sambungan Selulaq Sumber Terbuka

Posted: 07 Jul 2016 06:22 AM PDT


Dengan ghamai yang mengakses internet yang mempunyai akaun Facebook menjadi matlamat pihak Facebook untuk menghubungkan ghamai pengguna baghu dari negara membangun dan kawasan pedalaman sekaligui...

Samsung Memperkenaikan Kad Memori Ufs Pengganti Untuk Mikro Sd

Posted: 07 Jul 2016 03:22 AM PDT


Kad mikro SD pada hari ni bukan sesuatu yang asin lagi Ia digunakan secara meluas pada pelbagai jenih peranti daripada komputer riba telefon pintaq dan sebagainya Bagi hampa yang tertanya tan...

Anggota Polih Meninggai Dunia Dalam Serangan Masa Solat Pagi Ghaya Di Bangladesh

Posted: 07 Jul 2016 03:04 AM PDT


DHAKA lebih kurang soghang anggota polih terbunuh dan lima yang lain cedera berikutan kejadian letupan dan tembak menembak berhampiran kawasan solat Aidilfitri berjemaah di utara Bangladesh kata ...

Ajai Kamu Pada Malam Ke 13

Posted: 07 Jul 2016 03:02 AM PDT


Penggubah muzik femes Austria Arnold Schoenberg sangat percaya kepada numerologi iaitu tilikan untung nasib manusia berdasaqkan nombot Lahiaq pada 13 September 1874 Arnold percaya bahawa angka...

myartis.com

Posted: 08 Jul 2016 01:47 AM PDT

myartis.com


23 GAMBAR - KEMERIAHAN RAYA SARI YANTI

Posted: 07 Jul 2016 06:24 PM PDT



Amboii... bukan main meriahnya sambutan Hari Raya Aidilfitri Sari Yanti, siap ada memanah. Heh!

Menerusi laman Instagramnya, dia telah berkongsi beberapa keping gambar kemeriahan sambutan hari raya bersama keluarga tercinta.

"Tu muka Dah penat pegi makan kat umah open house.. Sesambil kakak beraya di kediaman kakanda dan adinda kakak di Ladang Alam Warisan kakak manah jap. Memang ya. Pakai baju raya pun jadi. Asal mahu. Itu lah pepatah ada kata - dimana ada kemahuan di situ ada jalan," ujar Sari.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

HIKMAH DISEBALIK UMRAH - SHAMSUL GHAU GHAU GIAT PELAJARI AL-QURAN

Posted: 07 Jul 2016 04:18 PM PDT



Selebriti yang pernah popular suatu ketika dulu iaitu Shamsul Azahar Aliddin atau lebih dikenali dengan panggilan Shamsul Ghau-Ghau, 48, berkata ketika itu dia sedar bahawa ada sebab Allah menjemputnya ke Mekah untuk menunaikan umrah adalah untuk mengajar dirinya sesuatu.

"UMRAH ini berlaku pada tahun 2001 ketika itu nama saya berada di puncak, dan saya pun tidak tahu kenapa saya pergi.

"Rupanya ALLAH nak mengajar saya sesuatu, rupanya saya sudah meninggalkan al-Quran begitu lama dan bila saya sampai itulah yang saya dapat," ujar Shamsul dipetik sebagai berkata.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

18 GAMBAR - SUASANA RAYA KELUARGA HAIRUL AZREEN

Posted: 07 Jul 2016 03:30 PM PDT



"Raya tahun ni saya rasa bersyukur dapat cahaya mata Yusuf Iskandar, lepas tu pakai baju raya jenama sendiri His & Her by Hairul & Hanis, lepastu isteri rajin berpantang ada baki lagi 10 hari untuk settle 44 hari, lepas tu ada teman lepak Bujibu Chempel (kucing) yang sentiasa kerek tetapi penyayang, pendek kata Alhamdulillah family bahagia," demikian kata Hairul Azreen yang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Berhari raya pertama kali sebagai ibu dan bapa Aidilfitri ini, ia sudah tentu menjadi satu pengalaman manis buat Hairul dan Hanis. Jika raya tahun lalu, mereka beraya berdua tetapi kali mereka beraya bertiga dan mungkin berempat pula. Heh!

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

TAKZIAH - TAMAM IDRIS KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 07 Jul 2016 11:22 AM PDT



Setelah koma dan kritikal di hari raya pertama dan kedua, pelakon veteran Tamam Idris, 77 akhirnya meninggal dunia pada jam 11.50 malam semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), akibat pendarahan dalam perut.

Untuk info, Tamam atau nama sebenarnya Bustamam Idris sebelum ini telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 22 Jun lalu kerana jangkitan kuman pada paru-paru.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

No comments:

Post a Comment