Monday, 26 September 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


ROTIKAYA

Posted: 26 Sep 2016 08:09 PM PDT

ROTIKAYA


Fizz Fairuz, Almy Nadia Selamat Timang Bayi Kedua

Posted: 26 Sep 2016 06:39 PM PDT

Tahniah diucapkan kepada pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada malam semalam. Berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh Fizz menerusi akaun Instagram beliau bagi berkongsi kegembiraan beliau bergelar bapa.

BACA: Fizz Fairuz Teringin Timang Anak Lelaki

screen-shot-2016-09-27-at-9-24-12-am

“Alhamdulilah, isteri saya, Almy Nadia telah selamat melahirkan anak kedua kami pada pukul 9.06 malam tadi. Amin. Doakan yang baik-baik ye,” katanya menerusi laman Instagram ketika memuat naik gambar isterinya yang baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Bagaimanapun, Fizz tidak mendedahkan jantina bayi kedua mereka kepada umum lagi. Malah wajah penuh bayi mereka juga masih disorokkan ketika memuat naik gambar bayi tersebut. Rata-rata peminat juga teruja dan gembira dengan kelahiran bayi kedua mereka, ramai yang tidak henti mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Apapun, tahniah sekali lagi diucapkan buat pasangan ini. Semoga dengan kelahiran baru ini juga akan menambahkan lagi kebahagian serta memberikan keceriaan di dalam keluarga kecil mereka. (rkty/w)

Uqasha Senrose Mahu Berehat Selepas Isu Buka Tudung

Posted: 26 Sep 2016 03:48 AM PDT

Selepas dikecam hebat akibat membuka tudung baru-baru ini, Uqasha Senrose meminta untuk berehat dalam tempoh tertentu buat seketika sebelum kembali berlakon didalam filem seterusnya terbitan Metrowealth International Group (MIG). Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Teo yang juga merancang beberapa filem untuk selebriti kontroversi itu.

BACA: David Teo Tahu Dalang Isu Gambar Bogel

"Uqasha baharu sahaja menjadi artis bawah pengurusan kami pada bulan yang lalu, tapi buat masa ini dia minta untuk berehat seketika dan menenangkan fikiran selepas isu buka tudung. Kalau sudah betul-betul bersedia barulah dia akan kembali semula untuk berlakon. Kami juga tidak mahu paksa dia, kita tunggu sehingga dia bersedia dahulu untuk kembali semula berlakon”

"Uqasha sebelum ini memang dari pengurusan kami dan dia pertama kali berada dalam industri dengan filem pertamanya bersama MIG berjudul Paku. Saya tahu dia mempunyai potensi dan bakat yang besar sebagai pelakon, jadi apa salahnya memberi peluang kepadanya sekali lagi untuk berada dalam industri,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu.

Sementara itu, David juga menegaskan bahawa tawaran untuk menyertai MIG dibuat sebelum pelakon Tundukkan Playboy Itu membuat keputusan nekad untuk kembali tidak bertudung. Uqasha dikatakan baru sahaja menandatangani kontrak dibawah syarikat pengurusan David pada bulan Ogos lalu namun kini hanya menunggu selebriti itu bersedia untuk kembali. (rkty/w)

2-uqasha-senrose-mahu-berehat-selepas-isu-buka-tudung-jpeg 3-uqasha-senrose-mahu-berehat-selepas-isu-buka-tudung-jpeg 4-uqasha-senrose-mahu-berehat-selepas-isu-buka-tudung-jpeg 5-uqasha-senrose-mahu-berehat-selepas-isu-buka-tudung-jpeg 6-uqasha-senrose-mahu-berehat-selepas-isu-buka-tudung-jpeg 7-uqasha-senrose-mahu-berehat-selepas-isu-buka-tudung-jpeg

Neelofa Rindu Beribadat Di Mekah

Posted: 26 Sep 2016 03:00 AM PDT

Berpeluang mengerjakan ibadah haji di Mekah beberapa minggu lalu membuat Neelofa rindukan untuk beribadat disana walaupun kepulangan beliau disambut dengan pelbagai komitmen kerja. Malah ketika disana juga, Neelofa berkata beliau sentiasa dikelilingi dengan perkara positif serta mengajar beliau mengenai pengurusan masa bagi mendirikan solat lima waktu.

BACA: Neelofa Sampaikan Doa Peminat Di Mekah

"Saya masih rindu terhadap suasana ketika berada di Masjidil Haram, Mekah. Ada beberapa perkara tentang musim haji dan Tanah Suci yang membuatkan saya banyak berfikir mengenai kehidupan. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kerana perasaan yang dialami ketika itu cukup luar biasa. Sejujurnya, saya berasa seperti dilahirkan semula”

"Sepanjang 16 hari berada di sana, saya dikelilingi oleh kelompok jemaah haji yang rajin menunaikan solat, berzikir dan kerap mendengar ceramah agama. Secara tidak langsung, saya juga terikut sama dengan rutin yang diamalkan oleh mereka. Insya-Allah, perubahan positif itu akan saya cuba kekalkan sehingga bila-bila,” katanya kepada Kosmo Online.

Bergelar Hajah pada usia yang masih muda mungkin sukar bagi Neelofa dengan adanya sesetengah pihak yang berfikiran skeptikal mengenainya. Namun bagi beliau, keberangkatannya ke Mekah bukan kerana ingin mencari gelaran tetapi lebih kepada menginginkan perubahan yang dapat memperbetulkan kekhilafannya sebelum ini sebagai seorang selebriti. (rkty/w)

screen-shot-2016-09-26-at-5-56-42-pm screen-shot-2016-09-26-at-5-56-51-pm screen-shot-2016-09-26-at-5-57-00-pm screen-shot-2016-09-26-at-5-57-07-pm screen-shot-2016-09-26-at-5-57-15-pm screen-shot-2016-09-26-at-5-57-23-pm

AMMBOI DOT COM

Posted: 26 Sep 2016 11:54 AM PDT

AMMBOI DOT COM


SAFEE SALI MENINGGAL DUNIA HANYA BERITA PALSU

Posted: 26 Sep 2016 08:10 AM PDT

Tindakan menyiarkan berita palsu Safee Sali meninggal dunia memang melampau dan wajar dikenakan tindakan keras. Jika tidak, semakin ramai pihak yang sengaja ambil kesempatan menyiarkan berita palsu untuk meraih keuntungan. Memetik sumber Astro Arena, Safee Sali, tidak menolak kemungkinan akan menyaman individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin palsu yang menjadi viral di […]

The post SAFEE SALI MENINGGAL DUNIA HANYA BERITA PALSU appeared first on AMMBOI DOT COM.

IBU KEPADA WANITA YANG DIPUKUL DAN DIBOGELKAN NADIA NORDIN DAKWA ANAK TIDAL BERSALAH

Posted: 26 Sep 2016 07:38 AM PDT

Kecoh media sosial hari ini dengan penyebaran video seorang wanita dipukul dan dibogelkan kerana didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami suspek yang dikenali dikenali dengan nama Nadia Nordin. Selain itu, si suami turut dibelasah oleh suspek ekoran tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Video berkenaan menjadi viral dan mencetuskan perdebatan di media soaial. Pada […]

The post IBU KEPADA WANITA YANG DIPUKUL DAN DIBOGELKAN NADIA NORDIN DAKWA ANAK TIDAL BERSALAH appeared first on AMMBOI DOT COM.

HARGA PROTON SAGA 2016 BERMULA DALAM LINGKUNGAN RM38,000

Posted: 26 Sep 2016 01:11 AM PDT

Harga Proton Saga 2016 mampu milik! Tahun ini mungkin adalah yang paling sibuk buat semua kakitangan Proton Holdings Bhd. Selepas melancarkan dua model terbaharu, masing-masing Perdana dan Persona pada Jun dan bulan lalu, Proton bakal memperkenalkan model Proton Saga baharu pada Rabu ini. Proton Saga baru ini tampil dengan reka bentuk serba baharu lebih menarik […]

The post HARGA PROTON SAGA 2016 BERMULA DALAM LINGKUNGAN RM38,000 appeared first on AMMBOI DOT COM.

SOLAT JAMAK DAN QASAR – INFO LENGKAP DAN PANDUAN

Posted: 25 Sep 2016 11:12 PM PDT

Kali ini ammboi nak berkongsi mengenai Solat Jamak dan Qasar. Rasanya, ramai dikalangan kita termasuklah ammboi sendiri kurang jelas mengenai cara dan info mengenainya. Bila ia boleh dilakukan? Solat apa yang boleh dijamak dan diqasarkan? Mungkin ada yang sudah arif mengenainya boleh berkongsi pendapat dalam ruang komen dibawah. Semoga perkongsian info Solat Jamak dan Qasar […]

The post SOLAT JAMAK DAN QASAR – INFO LENGKAP DAN PANDUAN appeared first on AMMBOI DOT COM.

KedahLanie.info

Posted: 26 Sep 2016 10:18 AM PDT

KedahLanie.info


'Umno tak gentar Mukhriz tanding di Kedah'

Posted: 26 Sep 2016 08:12 AM PDT


UMNO Kedah tidak gentar sekiranya bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Mukhriz, yang kini menjadi Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berhak bertanding di mana-mana kerusi seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam dan Parlimen Jerlun yang pernah disandangnya.

"Mungkin Mukhriz mahu bertanding di Parlimen Kubang Pasu yang pernah disandang bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad. Kita alu-alukan dan kita tidak gentar untuk berhadapan dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 Peringkat Negeri Kedah di Alor Setar, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah mengulas laporan media mengenai kenyataan Mukhriz yang mahu mengetuai PPBM di Kedah dan seterusnya bertanding dalam PRU ke-14 di negeri kelahirannya itu.

Ditanya mengenai sokongan kepada PPBM, Ahmad Bashah berkata
mereka yang menyokong parti pembangkang itu adalah yang kecewa kerana tidak mendapat sebarang jawatan dalam parti di peringkat cawangan.

"Parti itu (PPBM) hanya disokong oleh mereka yang kecewa dengan UMNO sama seperti pemimpinnya yang kecewa dengan UMNO. Sekarang mereka yang kecewa itu ada peluang untuk mendapat jawatan," katanya.

Ahmad Bashah berkata perkara itu tidak menggugat kedudukan UMNO kerana parti berusia 70 tahun itu telah menabur bakti kepada rakyat dan mereka mampu menilai perjuangan yang dilakukannya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mewujudkan bazar wanita bagi membuka peluang kepada golongan itu menambah pendapatan sekaligus menjadi pusat sehenti untuk peniaga dan usahawan wanita.

Terdahulu, Ahmad Bashah dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Datuk Yatimah Sarjiman serta Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Suraya Yaacob menjadi tetamu pada program bicara santai bersama Menteri Besar Kedah dengan topik 'Muafakat Wanita Kedah'.

Dana ‘tauke’ tumbangkan Najib, Umno buat laporan polis, esok

Posted: 26 Sep 2016 02:39 AM PDT

Pemuda Umno akan membuat laporan polis terhadap anak seorang jutawan negara dan proksi sebuah gergasi korporat yang didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan perdana menteri.

Exconya Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, kedua-dua pihak itu dikatakan menjadi penaja untuk “gerakan”itu.

Laporan polis akan dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di ibu negara pada lewat pagi esok.

“Kehadiran sahabat-sahabat media dan rakan-rakan seperjuangan amatlah dialu-alukan oleh pihak saya,” katanya dalam undangan media hari ini.

Malaysiakini tidak menamakan pihak itu buat masa ini sementara mendapatkan reaksi mereka terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kedua-dua individu itu diketahui rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – pengkritik utama kepimpinan Najib.

Taikun-taikun perniagaan itu menguasai pelbagai kepentingan perniagaan di negara ini, daripada projek pembangunan dan kompleks beli belah kepada hotel.

Sementara itu, Armand ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata akan menyerahkan bahan bukti berupa “beberapa dokumen”.

“Saya harap polis menyiasat segera kerana ia melibatkan keamanan negara kita,” katanya.

Najib dan pendukungnya berulang kali mendakwa Mahathir dan pihak yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri itu mahu menjatuhkannya.

Perdana menteri juga menafikan sebarang dakwaan salah laku berkaitan syarikat pelaburan negara 1MDB.

Pada Julai lalu, Naib Pemuda Umno Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap bekas-bekas pegawai kerajaan tertinggi negara.

Beliau menamakan bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aktar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri dan bekas ketua pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Amanah sedia tanding tiga penjuru dengan PAS & UMNO

Posted: 25 Sep 2016 08:05 PM PDT

Husam Musa ketika bercakap dalam dialog satu tahun Amanah di Muar malam tadi.

Amanah lebih bersedia untuk berlawan tiga penjuru di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang berbanding satu lawan satu, kata Datuk Husam Musa, pemimpin Amanah Kelantan.

"Kita yakin kalau lawan tiga penjuru dengan Umno dan Pas, kita akan mendapat undi paling banyak," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar malam tadi.

Menurut Husam, Amanah juga berpeluang untuk menang sembilan dari 15 kerusi negeri yang dimenangi oleh Pas di Selangor sekarang.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan bekas Pengarah Roadmap to Putrajaya Pas pra pilihan raya umum ke 13 lalu mencadangkan kepada pemimpin Amanah di Selangor melancarkan jentera pilihan raya di kesemua 15 kerusi yang dimenangi Pas di Selangor sekarang.

Husam memberikan beberapa alasan kenapa beliau mengambil sikap dan berpandangan sedemikian.

Orang ramai yang memenuhi dewan ketika dialog satu tahun Amanah di Muar.ALASAN

"Alasan saya, di seluruh negara, rating Umno telah turun di bawah 30% kerana isu GST, kos sara hidup, peluang pekerjaan, rakyat menderita, 1MDB, perpecahan dalam Umno dan lain-lain.

"Bermakna Umno tidak akan membuat lonjakan baru di Kelantan dan Malaysia," katanya.

Pas di Kelantan pula adalah sebuah kerajaan yang telah mentadbir tiga tahun selepas Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggal dengan pencapaian di bawah paras rendah (below par).

"Dia tidak ada dilivery, tiada program baru, tidak ada sentuhan kepada grassroot, rakyat dah muak.

"Amanah pula lahir sebagai juara di tengah-tengah Umno yang telah terkunci dan Pas yang sedang menurun. Amanah insya Allah akan berjaya di Kelantan," kata Husam disambut terikan takbir dan tepukan gemuruh para hadirin.

Atas dasar itu, katanya, beliau lebih senang pertandingan tiga penjuru di Kelantan.

"Kalau ikut rasa hati dan teori ini, saya tak nak satu lawan satu di Kelantan, saya nak tiga penjuru. Tetapi kalau dah jamaah putuskan satu lawan satu, kita nak buat macamana," katanya.

Tetapi, kata Husam, beliau mahu beritahu Pas, di Kelantan khususnya, Amanah mahu pertandingan tiga penjuru.

"Silakan isya Allah, Pas kuat, Amanah parti kecil. Izinkan pertandingan tiga penjuru di Kelantan, kita lihat sipa akan bentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

"Dengan bahasa inilah sahaja baru Pas faham," katanya merujuk kepada sikap Pas yang tidak mahu berunding dengan pihak lain bagi memastikan satu lawan satu berlaku dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Husam yang menyertai Amanah 30 Ogos lepas, pihaknya telah membuat persiapan untuk menghadapi Umno dan Pas dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan.

Husam mengulas soalan dari peserta tentang cadangan satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional.

Bagi Husam, yang membuat onar dalam cadangan satu lawan satu adalah Pas.

Secara tersurat dan tersirat, Pas mahu memastikan kerajaan Melayu Islam dikekalkan.

Dengan cara itu, katanya, pertandingan tiga penjuru diperlukan untuk memastikan Umno menang walaupun ia tidak disebut secara terbuka.

Tuanku Mahu Kuin dapat status universiti penuh menjelang 2017

Posted: 25 Sep 2016 07:00 PM PDT

Abdul Halim Mu'adzam Shah

BALING - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menzahirkan harapan agar kerajaan negeri memastikan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mendapat status universiti penuh menjelang 2017.

Canselor Kuin itu bertitah, di bawah teraju Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Menteri Besar Kedah, baginda berharap cita-cita untuk melihat tertubuhnya universiti Islam pertama di negeri jelapang padi ini tercapai tidak lama lagi.

"Ia pasti akan terlaksana dengan jayanya sekiranya semua pihak sentiasa berganding bahu untuk mencapai hasrat dan cita-cita ini," titah baginda.

Teks ucapan baginda dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Pro Canselor I Kuin, di Istiadat Konvokesyen ke-18 Kuin di Kuala Ketil dekat sini, hari ini.

Menteri Besar serta isteri turut hadir pada istiadat itu.

Dalam titah itu juga, baginda mahu graduan Kuin menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara melalui nilai wasatiyyah bercirikan akhlak yang terpuji dan mampu memartabatkan nama baik Kuin di mata dunia.

"Kejayaan yang dicapai hari ini menjadi pemangkin kepada generasi yang akan datang ke arah pembinaan tamadun keilmuan Islam dalam melahirkan generasi ulul-albab melalui pendekatan al-Quran dan al-Sunnah," titah baginda.

Seri Paduka turut yakin semua graduan Kuin mampu memenuhi kehendak dan keperluan pasaran serta industri masa kini, dan menjadi ilmuan yang tinggi nilai akhlaknya.

"Beta berharap Kuin juga dapat tingkatkan mutu pengajaran dengan mengambil kira kehendak industri yang bukan sahaja tawarkan produk dan perkhidmatan yang patuh syariah, tapi juga graduan holistik yang berpegang teguh kepada nilai wasatiyyah," titahnya.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata kerajaan negeri akan terus memberi komitmen tinggi dalam memperkasa sistem pendidikan yang seimbang di negeri ini, ke arah menjadikan Kuin sebuah univerisiti Islam yang unggul dan disegani di rantau ini.

Jelasnya, ini selaras dengan aspirasi kerajaan negeri dalam melahirkan lebih ramai para ilmuan Islam yang mampu mengintegrasikan antara ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi.

"Para ilmuan Islam ini yang dapat memimpin masyarakat serta mencorakkan kehidupan masa hadapan yang lebih berkualiti yang berteraskan kepada penghayatan al-Quran dan al-Sunnah.

Sejumlah 1,484 pelajar terlibat dalam konvokesyen selama dua hari bermula hari ini, terdiri daripada pelbagai peringkat pengajian iaitu Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. - Bernama

PAS Kedah - ‘Jangan sambung kontrak konsesi’

Posted: 25 Sep 2016 06:00 PM PDT

'Jangan sambung kontrak konsesi'
Muhammad Sanusi ketika berucap pada demonstrasi aman bantah krisis air di loji air Kampung Mani, Kuala Nerang, baru-baru ini.
ALOR SETAR - Pas Kedah mohon pertimbangan kerajaan negeri agar tidak menyambung kontrak syarikat konsesi air yang didakwa merugikan Kedah.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri tidak wajar mengulangi kesilapan lalu dengan menyambung perjanjian penswastaan operasi rawatan air di lima loji dan pengurusan bekalan air ke Pulau Langkawi.

"Kami harap kerajaan negeri pimpinan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah senada dengan keputusan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini yang bersetuju kontrak tidak akan disambung," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mempersoal tindakan menamatkan perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Darul Aman (Sada), Datuk Adzmi Din, 31 Ogos lalu, empat bulan lebih awal daripada kontrak berakhir (Disember 2016), yang dibuat secara tergesa-gesa.

"Kami bimbang ini sebahagian cara melancarkan usaha melanjutkan kontrak konsesi air kerana perjanjian itu antara syarikat konsesi dengan Syarikat Air Darul Aman (Sada) sebagai pemegang lesen operator air. Adzmi selaku peneraju Sada sejak diwujudkan pada 2010, konsisten membantah penswastaan itu," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, sejak awal beliau bertegas penswastaan itu membebankan dan tidak wajar diulangi jika kerajaan negeri mahu pastikan Sada muncul sebagai operator bekalan air yang berkemampuan menjana pendapatan bagi melunaskan hutang kerajaan negeri (RM1.7 bilion) kepada persekutuan.

"Tidak mustahil pendirian Adzmi itu menyebabkan beliau hilang jawatan. Malah Pas Kedah mempunyai bukti beberapa rundingan dan usaha melobi antara pemimpin BN Kedah bersama syarikat berkenaan dilakukan sejak dua bulan lalu," katanya.

Menurutnya, konsesi itu dianugerahkan pada 1990 melalui perjanjian penswastaan yang berakhir Oktober 2020, di mana operasi ini menggunakan perbelanjaan besar sektor bekalan air, yang sepatutnya dimanfaatkan untuk meningkatkan perkhidmatannya.

"Pas Kedah konsisten membantah penswastaan itu, termasuk menyemak semula perjanjian untuk menamatkan kontrak ketika kami terajui kerajaan, namun tiada jalan keluar dan terpaksa menunggu konsesi tamat," katanya.

Muhammad Sanusi yang juga bekas ahli Lembaga Pengarah Sada mendakwa, penswastaan itu bertentangan dengan dasar penswastaan negara, kerana sepatutnya dapat mengurangkan bebanan kewangan kerajaan, namun berlaku sebaliknya.

"Dalam 10 tahun terakhir, kerajaan negeri membelanjakan RM140 juta setahun daripada pendapatan kepada syarikat konsesi, sedangkan beban ini dapat dikurangkan jika operasi dilakukan sendiri oleh Sada," katanya.

Menurutnya, kos rawatan air di loji yang diswastakan boleh dikurangkan 10 sen setiap meter padu daripada harga ditetapkan pemegang konsesi.

"10 sen itu mewakili RM63,600 sehari atau RM1.9 juta sebulan atau RM22.8 juta setahun, berdasarkan kapasiti pengeluaran lima loji kendalian konsesi itu. Manakala kos membeli air terawat daripada loji adalah RM102,388,857," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, penswastaan ini juga mendatangkan liabiliti (beban) kepada kerajaan dan rakyat apabila melibatkan peningkatan tarif untuk menampung kos.

"Jika syarikat itu diberikan hak penguasaan lebih luas termasuk membangunkan infrastruktur bekalan air melalui kaedah Private Initiative Fund (PFI), berbanding peruntukan geran persekutuan dibimbangi berlaku kenaikan tarif," katanya.

Menurutnya, risiko kadar kehilangan air tak berhasil (NRW) diletakkan sepenuhnya kepada Sada yang bergelut dengan keuzuran jajaran paip kerosakan pam, kenaikan tarif elektrik, kerosakan meter dan bencana alam.

Alor Setar - Derita bayi otak di luar tempurung

Posted: 25 Sep 2016 05:00 PM PDT

Derita bayi otak di luar tempurung
Hasida Ahmad, 35, (kanan) merenung bayi lelakinya berusia lima bulan, Muhammad Fakhrullah Firdaus yang menghadapi masalah sebahagian otak di luar tempurung kepala bahagian belakang sejak lahir ketika ditemui di Flat Simpang Kuala, hari ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR - Sepasang suami isteri buntu memikirkan nasib bayi lelaki mereka berusia lima bulan yang menghadapi masalah sebahagian otak di luar tempurung kepala iaitu di bahagian belakang sejak lahir.

Hasida Ahmad, 35, berkata, masalah itu menyebabkan perkembangan Muhammad Fakhrullah Firdaus tidak sesempurna bayi seusianya yang lain dan memerlukan penjagaan lebih rapi.

Suri rumah yang tinggal di Flat Simpang Kuala di sini itu berkata masalah itu hanya diketahui selepas melahirkan anak ketiganya itu pada 2 April lalu apabila melihat ketulan pada bahagian belakang kepala anaknya.

"Masa saya mengandung bayi saya sempurna dan doktor tidak dapat mengesan masalah itu sehingga saya melahirkannya (Muhammad Fakhrullah)," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Menurutnya, pembedahan untuk membuang sebahagian otak di luar kepala juga tidak boleh dilakukan disebabkan beberapa faktor yang boleh meragut nyawa bayi itu.

Muhammad Fakhrullah terpaksa menahan derita apabila sebahagian otaknya berada di luar tempurung kepala dengan saiz sebesar telur ayam atau kira-kira lima sentimeter dan perlu dibalut dengan kain bersih bagi mengelak terkena jangkitan kuman.

Sementara itu, suami Hasida, Firdaus Mohd Rahim, 35, yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,000 sebulan berkata, beliau membelanjakan kira-kira RM400 sebulan untuk perbelanjaan anaknya itu selain perlu menyara dua lagi anak lelaki masing-masing berusia 8 dan 5 tahun.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga hari sekali atau seminggu sekali anaknya akan diserang penyakit sawan dalam tempoh beberapa minit sebelum kembali pulih seperti sedia kala.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 152050233296 (Firdaus Mohd Rahim) atau menghubungi Hasida di talian 0174687531. - Bernama

OhDunia.My

Posted: 26 Sep 2016 08:54 AM PDT

OhDunia.My


Video: Bapa, Anak Maut Dilanggar Go Kart di Kuantan

Posted: 25 Sep 2016 06:50 PM PDT

KUANTAN, Dua beranak maut, manakala beberapa lagi cedera selepas dilanggar sebuah kereta go kart yang menyertai perlumbaan di Indera Mahkota kira-kira jam 11.30 pagi semalam.


Video: Bapa, Anak Maut Dilanggar Go Kart di Kuantan

Baca selengkapnya

Toknek.com RSS Feed

Posted: 26 Sep 2016 02:37 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Lokasi Rempuhan Meninggai Dunia Go Kart Kawasan Larangan Untuk Penonton

Posted: 26 Sep 2016 01:02 AM PDT


Pengarah Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan EIMRACE Prof Madya Dr Aminudin Abu habaq lokasi kejadian adalah kawasan larangan yang tak membenaqkan penonton dok ada di sekitaq lokasi Ka...

6 Perkara Hampa Tak Penah Tau Tentang Pasai Mycybersale 2016

Posted: 25 Sep 2016 11:32 PM PDT


barangkali ghamai yang ternampak tentang pasai MyCyberSale 2016 ni kat mana mana tapi tak tau pun apa yang menarik dengan MyCyberSale ni sebenarnya ni sebenaqnya merupakan satu inisiatif untuk men...

Keselamatan Keluarga Lebih Terjamin Dengan Applikasi Digi Family Safety

Posted: 25 Sep 2016 11:22 PM PDT


Semenjak dua menjak ni kalau baca suratkhabaq mesti ada ceghita culik anak hilang kena samun dan macam macam lagilah ketaq lutut sungguh membacanya toknek sendiri penah dirompak dengan para...

10 Perkara Menarik Pasai Kamera Tahan Lasak Terbaharu Gopro Hero5 Black

Posted: 25 Sep 2016 10:02 PM PDT


Arena sukan lasak la nih tak sama lagi semenjak GoPro Inc memperkenaikan kamera khusus aktiviti kembara pertamanya pada 2004 Dan yang terbaharu kamera cilik tahan lasak ni maju selangkah lagi ...

Lelaki Dah Meninggai Dunia Dalam Hidup Cheq

Posted: 25 Sep 2016 08:46 PM PDT


Serin kali menerima persoalan berkaitan teman hidup pelakon dan jugak ibu tunggai Izreen Azminda menjelaihkan bahawa dia sebenaqnya ketaq lutut untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya Bag...

Scha Al Yahya Belajaq Masak Di Youtube

Posted: 25 Sep 2016 08:44 PM PDT


jujoq dan tak segan berkongsi pengalaman memasaknya pelakon Scha al Yahya menjelaihkan bahawa dia banyak belajaq memasak melalui Youtube Malah ibu kepada Lara Alana ni jugak mengakui dia mulai b...

Selepaih Diugut Bunuh Remy Ishak Upah Pengawai Peribadi

Posted: 25 Sep 2016 08:42 PM PDT


tak mau kejadian tak diingini berlaku pelakon Remy Ishak menjelaihkan kepada Harian Metro bahawa dia la nih mengupah pengawai peribadi sementara dok tunggu siasatan pihak polih BACA Selepaih Di...

Pelakon Aidil Aziz Kena Tahan Polih Pasai Tanam Pokok Ganja Dan Miliki Senjata Berbahaya

Posted: 25 Sep 2016 08:30 PM PDT


Pelakon drama Lara Terindah Aidil Aziz telah kena tahan pihak polih pada jam 12 40 tengah hari kemarin pasai disyaki memiliki dadah dan senjata berbahaya Menurut portai Astro Gempak sebuah pa...

Anne Ngasri Dedah Rahsia Kecomelan

Posted: 25 Sep 2016 08:28 PM PDT


hampa masih dok ingat lagi dengan Anne Ngasri Pelakon yang femes menerusi drama bersiri Cili Padi yang terkenai satu masa dahulu Mula berlakon sejak umoqnya 3 tahun Anne la nih nampaknya masih ...

Diugut Bunuh Dan Difitnah Remy Ishak Upah Bodyguard Demi Keselamatan

Posted: 25 Sep 2016 08:26 PM PDT


penah menerima ugutan bunuh dan terpalin baghu rumahnya diserbu pihak polih ataih aduan muhung kata terdapatnya kegiatan dadah yang dijalankan di kediamannya pelakon Remy Ishak akhiaqnya membuat k...

Amar Baharin Takmau Komen Kenyataan Izreen Yang Tak Mempunyai Doa Buatnya

Posted: 25 Sep 2016 08:24 PM PDT


Minggu lepaih Izreen Azminda ada mengeluaqkan kenyataan yang agak panaih sehingga ghamai yang menyangka beliau masih dok berdendam dengan Amaq Baharin apabila beliau habaq tak mempunyai doa buat A...

Mycybersale2016 Di Nile Com My

Posted: 25 Sep 2016 08:22 PM PDT


Tahun ni adalah tahun ketiga MDEC menjalankan acara jualan online terbesr di Malaysia iaitu MYCYBERSALES2016 yang bermula dari 26 30 September 2016 Plebagai diskaun sehingga 90 peratus untuk mac...

Ghega Rekabentuk Dan Spesifikasi Proton Saga 2016

Posted: 25 Sep 2016 07:02 PM PDT


Proton Saga 2016 terbaharu keluaran proton tak menggunakan platform model macam sebelumnya tapi masih dok mengekaikan DNA Saga selain menampilkan peningkatan dari segi spesifikasi reka bentuk d...

Kekasih Juruterbang Tinggaikan Atikah Suhaime Selepaih Gambaq Bogey Tersebaq

Posted: 25 Sep 2016 02:26 PM PDT


baghu baghu ni gambaq Atikah Suhaime bersama kekasih baharunya Sherzod Yusuf dah mula tersebaq di Internet ghamai yang ingin tau apa pulak yang terjadi dengan hubungan cinta Atikah bersama kekasi...

Beza Umoq 13 Tahun Tak Halang Rita Rudaini Dan Donna Muslim Untuk Berkawan Ghapat

Posted: 25 Sep 2016 02:24 PM PDT


Kehadiran pengacara Donna Muslim didalam hidup Rita Rudaini la nih buat aktres tu kelihatan lebih ceria dan mampu menghilangkan dukanya terhadap kekecewaan yang penah dialaminya dengan dua oghang l...

Saharul Ridzwan Mintak Ampun Kalau Ada Memba Artis Tak Dijemput Ke Majlih Perkahwinannya

Posted: 25 Sep 2016 02:22 PM PDT


Pelakon Mia Ahmad yang ghamai dok kata bercinta dengan Saharul Ridzwan baghu baghu ni ada menjawab persoalan pasai ketidakhadirannya pada majlih pernikahan Saharul dan Deena Emir Menurut Mia b...

Jutaan Produk Sukan Potongan Ghega Hingga 70

Posted: 25 Sep 2016 11:42 AM PDT


Nampaknya kali ni Sport Planet telah kembali menggegaqkan kota kola Lumpoq pasai pada 29 September sehingga 9 Oktober ni depa akan mengadakan jualan besar besaran diikuti dengan diskaun sehingga 70...

Penah Keluaq Daripada Mig Sebelum Kontrak Tamat Netizen Heghan Awatlaa David Teo Terima Uqasha Senrose Kembali

Posted: 25 Sep 2016 11:22 AM PDT


Sekitaq tahun 2013 pelakon Uqasha Senrose penah mempunyai kemelut bersama pengurusan MIG apabila beliau bertindak untuk keluaq daripada syarikat berkenaan sebelum kontraknya tamat Antara sebab ...

Hati Hati Jangan Terbeli Sambai Kerabu Dagin Ulaq Kata Ppim

Posted: 25 Sep 2016 04:02 AM PDT


Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM menggesa umat Islam di negara ni meneliti dan menyelidik mana mana makanan terlebih dulu sebelum membeli Ketua Aktivih PPIM Datuk Nadzim Johan bagitau sem...

Kapai Terbang Terlajak Di Landasan Semua Penumpang Selamat

Posted: 25 Sep 2016 03:32 AM PDT


KATHMANDU Sebuah kapai terbang Yeti Airlines terlajak dari landasan semasa landin di Lapangan Terbang Bhairahawa kira kira 450km Barat Kathmandu petang Sabtu Menurut Ketua Pentadbir lapangan t...

Zarina Anjoulie La Nih Dah Berpisah Dengan Suami

Posted: 25 Sep 2016 02:42 AM PDT


kalau diikutkan perkembangan kehidupan melalui akaun media so siall Zarina Anjoulie semuanya nampak baik baik belaka namun upload gambaq baghu baghu ni menimboikan persoalan buat peminat dan pengi...

Cool Nissan Gt R Nismo 2017

Posted: 25 Sep 2016 02:34 AM PDT


Godzilla hampa barangkali tak meminati gheta tapi kami yakin hampa penah mendengaq nama Nissan GT R dan Nismo Nisan GT R mula mendapat tempat di kelompok peminat kenderaan berprestasi tinggi sej...

Klasik Poster Propaganda Menggalakkan Penyertaan Pompuan Perang Dunia Kedua

Posted: 25 Sep 2016 02:32 AM PDT


Fight Poster klasik bagi kami mempunyai rekaan yang evergreen Poster propaganda masa Perang Dunia Kedua kelihatan cool beans pasai dilukih dengan kanan walaupun dah berumoq lebih 70 dekad ke...

beautifulnara

Posted: 26 Sep 2016 02:09 AM PDT

beautifulnara


Keselamatan Keluarga Lebih Terjamin Dengan Applikasi Digi Family Safety

Posted: 25 Sep 2016 10:24 PM PDT

Semenjak dua menjak ini, kalau baca suratkhabar, mesti ada kisah culik, anak hilang, kena samun dan macam-macam lagilah. Takut sungguh membacanya. Abang Nara sendiri pernah dirompak dengan parang beberapa tahun lalu. Sejak kejadian tersebut, Abang Nara lebih berhati-hati dan aware dengan keadaan sekeliling. Bagi Abang Nara, keselamatan keluarga adalah perkara nombor 1 di dalam hidup ini.

digi family safety app

permata hati dan pengarang jantung ini

Namun kesibukan kerja tidak membolehkan Abang Nara memantau anak-anak dan isteri selama 24 jam. Untuk makluman, wife Abang Nara kadang-kadang akan menghantar anak ke sekolah sementara Abang Nara duduk di rumah melakukan kerja. Abang Nara akan sentiasa pesan kepada isteri untuk telefon setiap kali sampai ke sekolah anak-anak. Iyerlah, nak kena check selamat sampai ke, ada masalah di tengah jalan ke, kereta breakdown ke dan sebagainya. Namun biasalah, kadangkala isteri terlupa nak telefon, kadangkala Abang Nara tak pick up phone dan macam-macam lagi. Bila tak dapat tahu status mereka, risau dan gusar hati ini dibuatnya.

family

tak boleh bayang kalau jadi apa-apa kat budak 2 orang nie

Bukan sahaja ke sekolah, Abang Nara juga akan pastikan sentiasa tahu kedudukan terkini isteri dan anak-anak setiap masa. Kadangkala diorang pergi shopping, pergi taman mainan, pergi kedai beli toys tanpa Abang Nara. So everytime memang kena update dengan cara telefon, SMS ataupun Whatsapp. Terbaru, Abang Nara kini menggunakan applikasi Digi Family Safety untuk memudahkan pemantauan. Terbaik sangat applikasi nie. Menyesal lambat tahu.

family 3

Abang Nara dah guna applikasi Digi Family Safety ini selama seminggu. Pergh. Memang power beb. Tak perlu telefon, SMS, atau Whatsapp untuk tahu kedudukan isteri dan anak-anak Abang Nara. Just bukak applikasi ini, tekan satu butang, dan Abang Nara akan terus dapat notification. Senang sangat-sangat. Meh sini Abang Nara kongsikan dengan lebih details tentang ciri-ciri awesome applikasi Digi Family Safety ini.

1.Boleh tahu kedudukan keluarga tercinta secara real time
family 3

Ini yang paling best dan paling penting bagi Abang Nara. Bila kita dah sampai ke tempat yang ditujui, cuma perlu buka applikasi ini, dan tekan butang "Family Alert". Contoh wife Abang Nara dah sampai ke sekolah anak-anak. Wife Abang Nara cuma perlu bukak applikasi ini, tekan butang "Family Alert" dan handphone Abang Nara akan dapat notification yang memaklumkan kedudukan terkini wife tercinta secara real time. Senang sangat-sangat kan?

2.Kawal panggilan telefon

family 3

Ini pun bagus jugak terutama untuk mereka yang popular dan sering mendapat panggilan telefon daripada orang asing. Dengan applikasi Digi Family Safety ini, kita boleh control siapa yang telefon kita. Ada dapat gangguan daripada orang tak dikenali? Block je nombor tue. Nak family je boleh telefon? Letak mereka dalam senarai "safelist" kita. Barulah lega jiwa raga tak kena kacau kan?

3.Hadkan penggunaan telefon untuk anak-anak

family 3

Anak-anak dan gadjet memang tak dapat dipisahkan sekarang ini. Kita tak boleh halang mereka 100%. Namun kita boleh hadkan penggunaan. Dengan Digi Family Safety ini, kita boleh control applikasi yang anak-anak boleh guna dan juga jumlah data yang dibenarkan. So tak adalah diorang tengok YouTube sampai 3,4 jam. Senang untuk kita pantau aktiviti dan penggunaan anak-anak. Zaman sekarang ini kan macam-macam isi kandungan dalam Internet. Kena cegah sebelum parah.

4.Wujudkan "safety area" untuk family kita

family 3

Ini antara fungsi yang best dan selalu Abang Nara guna. Contohnya Abang Nara akan letak lokasi rumah dan sekolah anak-anak sebagai "safety area". Jadi bila Abang Nara dan wife keluar dan sampai rumah dan sekolah, secara automatik notification akan sampai. So kita akan sentiasa tahu pergerakan orang tercinta. Tak perlu nak call, nak Whatsapp, nak SMS dan sebagainya. Everything is automatic through this app. Amboi sampai speaking la sebab kagum sangat.

Setakat seminggu ini memang Abang Nara berpuas hati menggunakan applikasi Digi Family Safety ini. So far so good terutama bab mengetahui kedudukan keluarga tercinta secara real time. Itu memang priority Abang Nara. Lain orang lain lah kegunannya kan? Anda pula bagaimana? Muat turun applikasi Digi Family Safety ini di Google Play Store ataupun Apple Store untuk menjamin keselamatan keluarga anda. Untuk makluman lanjut, boleh layari digi.my/familysafety. Selamat mencuba!!!

Lelaki Sudah “Mati” Dalam Hidup Saya – Izreen Azminda

Posted: 25 Sep 2016 08:29 PM PDT

Sejak bercerai, Izreen Azminda tidak putus diajukan soalan tentang teman lelaki. Menurut Izreen beliau sebenarnya takut untuk menerima kehadiran lelaki didalam hidupnya dan akui beliau kini lebih bahagia kerana tidak dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

Sekarang saya bahagia kerana tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Saya lebih fikirkan soal kerja dan anak. Lelaki sudah 'mati' dalam hidup saya.

Belum fikir lagi ke arah itu (perkahwinan). Saya takut jika lelaki yang saya terima nanti tidak boleh menjaga anak saya.

Izreen memberitahu beliau ada didekati oleh ramai lelaki, namun belum ada yang berjaya mencuri hatinya.  Pelakon wanita itu mahu mencari seorang lelaki yang mempunyai kewangan yang kukuh. Pada masa yang sama, Izreen seboleh-bolehnya tidak mahu bercinta dengan rakan artis.

Ada yang mahu mendekati, tetapi belum berjumpa dengan orang yang menepati citarasa. Kalau boleh saya mahu lelaki yang sudah punya kewangan kukuh. Bukanlah seorang yang kaya, cukuplah dia punya pekerjaan sendiri.

Sebelum ini orang lihat saya rapat dengan pelakon lelaki, namun mereka tidak tahu bagaimana sukarnya wujudkan keserasian di lokasi agar lakonan kami menjadi di hadapan kamera.

Bukanlah menolak cinta dengan selebriti. Jika ada yang datang dan rasa sesuai mungkin saya akan teruskan.

Tidak mudah untuk mencari pasangan hidup yang boleh menerima keadaan Izreen sebagai janda anak satu. Namun, jodoh bukanlah satu perkara yang kita boleh ramalkan, siapa tahu satu hari nanti ada lelaki yang boleh mencintai Izreen sepenuh hatinya dan memikul tanggungjawab sebagai bapa yang baik kepada anaknya. Setiap orang perlukan teman untuk berkasih sayang dan mengubati kesunyian didalam hati.

Sumber Berita : Insta Online

Anne Ngasri Dedah Rahsia Kecomelan

Posted: 25 Sep 2016 07:51 PM PDT

Anda masih ingat lagi dengan Anne Ngasri? Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Cili Padi yang popular satu ketika dahulu. Mula berlakon sejak umurnya 3 tahun, Anne kini nampaknya masih lagi kekal dengan imej ceria dan comelnya meskipun sudah bergelar isteri orang dan menjangkau usia 30 an. Sehingga kini, Anne masih lagi ditawarkan untuk berlakon watak remaja.

Berbicara mengenai rahsia kecomelannya itu, Anne memberitahu beliau tidak terlalu memikirkan hal remeh temeh dan sentiasa bersifat ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.

Saya mengamalkan keikhlasan pada setiap perkara. Tanpa merungut, saya menuruti apa saja bahagian saya tanpa berkata apa-apa.  Dengan cara itu, hati saya akan menjadi tenang apabila tidak memikirkan hal remeh-temeh. Buat apa nak fikir lebih-lebih kalau bukan rezeki kita.

Cara itu juga dapat membuatkan saya bertenang sepanjang melalui kehidupan saya dengan mengusir jauh-jauh perkara negatif daripada singgah dalam hati. Itu saja rahsia kecomelan saya. Bukan besar mana pun.

Namun, ia tidak bermakna Anne tidak pernah dilanda masalah.  Walaubagaimanapun, Anne sentiasa cuba untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki setiap kelemahan beliau. Buat Anne, jangan terlalu mengikut emosi dan kata hati yang kadang kala akan membawa padah.

Tipulah kalau seseorang yang dilihat sentiasa ceria itu tiada masalah. Rasanya semua orang ada masalah bukan? Jadi saya juga tidak terkecuali.

Dalam hal ini, apa yang penting adalah kawalan hati. Kalau terlalu mengikut perasaan pun tak boleh. Bimbang terlibat dalam perkara tidak betul kemudian hari. Lebih baik bersederhana dalam apa juga perkara.

Begitu ringkas bukan prinsip yang dipegang oleh Anne Ngasri. Kunci utama untuk hidup yang harmoni adalah keikhlasan dan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri. Bila difikirkan, perkara kecil ini kadang-kadang kita terlepas pandang dan hanya memikirkan masalah yang timbul sebagai satu musibah dan bukannya pengajaran.

Sumber Berita : Utusan Online

Pelakon Aidil Aziz Ditahan Polis Kerana Tanam Pokok Ganja Dan Miliki Senjata Berbahaya?

Posted: 25 Sep 2016 07:12 PM PDT

Pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz telah ditahan pihak polis pada jam 12.40 tengah hari semalam kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berbahaya.

Menurut portal Astro Gempak, sebuah pasukan risikan telah merampas beberapa pokok yang ditanam dalam pasu serta dedaun kering dalam bekas kaca yang disyaki ganja. Malah, mereka juga menemui sebuah pengisar yang mengandungi daun kering dipercayai ganja.

Antara barangan lain yang dirampas ialah lampu spotlight, baja, penyembur air, biji benih pokok ganja, tujuh bilah pedang samurai, 21 bilah pisau, tiga buku lima, empat pucuk pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM25,000 dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Dua  lagi suspek yang ditangkap bersama Aidil ialah seorang penganggur Omar Sayeed Ghulam Mohammad, dan  seorang pekerja pengurusan IT warganegara Fillipina, R.Guevara Cortez.

Mereka semua telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.

Sumber Berita : Astro Gempak

Diugut Bunuh Dan Difitnah : Remy Ishak Upah Bodyguard Demi Keselamatan

Posted: 25 Sep 2016 06:45 PM PDT

Pernah menerima ugutan bunuh dan terbaru rumahnya diserbu pihak polis atas aduan palsu mengatakan terdapatnya kegiatan dadah yang dijalankan di kediamannya, pelakon Remy Ishak akhirnya membuat keputusan untuk mengupah "bodyguard" demi menjaga keselamatannya.

Walaubagaimanapun, Remy enggan memberitahu jumlah pengawal peribadi beliau. Buat masa ini, beliau masih lagi menunggu perkembangan siasatan daripada pihak polis mengenai kes ugutan berkenaan.

Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan. Saya tidak tahu statusnya kerana masih dalam siasatan polis.

Terus-terang saya tidak selesa bergerak ke mana-mana kerana benda belum selesai. Polis masih buat siasatan dan saya kena sabar menanti. Selagi tidak selesai ia mengganggu banyak perkara.

Remy dihimpit dengan pelbagai masalah apabila beliau menolak permintaan seorang wanita yang berasal daripada Pantai Timur dan berstatus VIP yang ingin bertemu dengannya.

Berang kerana tidak dapat bertemu dengan Remy, wanita berkenaan secara lisan telah memarahi Remy dan mengeluarkan kata-kata ugutan.

Remy mengakui beliau dan keluarga kini berada didalam keadaan panik dan trauma apabila keselamatan mereka sekeluarga kini terganggu.

Kalau orang menyimpan perasaan dendam , kita memang tidak boleh tahu kemampuan mereka untuk melakukan sesuatu. Keputusan Remy Ishak untuk mengupah pengawal peribadi adalah tindakan terbaik yang beliau lakukan demi menjaga keselamatan beliau.

Sumber Berita : Harian Metro

#MYCYBERSALE2016 di Nile.com.my

Posted: 25 Sep 2016 06:35 PM PDT

Tahun ini adalah tahun ketiga MDEC menjalankan acara jualan online terbesr di Malaysia iaitu #MYCYBERSALES2016 yang bermula dari 26-30 September 2016. Plebagai diskaun sehingga 90% untuk macam-macam jenis produk ditawarkan bersempena #MYCYBERSALE2016.

mycybersale nile

Nile.com.my, portal membeli-belah online yang dipercayai di Malaysia, akan turut sama menyertai #MYCYBERSALE2016 dengan menawarkan penghantaran percuma menggunakan Pos Laju di Semenanjung Malaysia untuk pembelian minimum sebanyak RM48 untuk tarikh 26.09.2016 sehingga 30.09.2016

Sepanjang tempoh ini, pelbagai produk akan diberikan diskaun sehingga 90% pada masa-masa tertentu. Setiap produk yang dijual dengan diskaun tersebut pada tarikh dan masa yang ditetapkan dengan kuantiti yang terhad. Siapa yang bayar dulu, dia yang dapat. Untuk keadilan, satu pelanggan hanya boleh membeli satu produk sahaja. Jom kita tengok apa produk-produk awesome yang boleh disambar sepanjang #MYCYBERSALE2016.

MycyberSale 2016 bermula pada 26/09/2016 – 11.00am

mycybersale nile

mycybersale nile

MycyberSale 2016 bermula pada 27/09/2016 – 11.00am

mycybersale nile

mycybersale nile

MycyberSale 2016 bermula pada 28/09/2016 – 11.00am

mycybersale nile

mycybersale nile

MycyberSale 2016 bermula pada 29/09/2016 – 11.00am

mycybersale nile

MycyberSale 2016 bermula pada 30/09/2016 – 11.00am

mycybersale nile

mycybersale nile

mycybersale nile

Banyak lagi produk-produk yang dijual pada harga super duper murah di Nile sepanjang #MYCYBERSALE2016 ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok eksemua produk di http://www.nile.com.my/page.php?cd=116. Nasihat Abang Nara, tandakan kalendar anda dan bersiap sedia pada tarikh terebut. Diingatkan sekali lagi bahawa setiap produk mempunyai kuantiti yang terhada. Siapa yang bayar dulu, dia yang yang dapat. Siapa cepat, dia dapat. Selamat membeli-belah.

Amar Baharin Enggan Komen Kenyataan Izreen Yang Tidak Mempunyai Doa Buatnya

Posted: 25 Sep 2016 06:11 PM PDT

Minggu lepas, Izreen Azminda ada mengeluarkan kenyataan yang agak panas sehingga ramai yang menyangka beliau masih berdendam dengan Amar Baharin apabila beliau memberitahu tidak mempunyai doa buat Amar dan pasangannya Amyra Rosli yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Malah, Izreen juga dengan tegasnya tidak mahu digandingkan dengan Amar didalam mana-mana drama ataupun filem.

Susulan perkara itu, ramai yang ingin tahu apakah pandangan Amar terhadap kenyataan Izreen. Walaubagaimanapun, Amar tidak mahu ambil pusing akan perkara berkenaan dan kini sedang sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya.

Saya tiada komen dan kata-kata juga untuk dia. Sekarang saya sedang sibuk buat persiapan majlis dan berada di United Kingdom untuk penggambaran drama.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menjemput Izreen ke majlis perkahwinannya nanti Amar berkata, beliau menyerahkan hal berkaitan undangan kepada pihak pengurusannya.

Saya tidak uruskan jemputan, semua saya serahkan kepada pengurus saya untuk buat jemputan.

Kalau pernah ada salah faham, janganlah biarkan ia berlarutan.  Meskipun kita tidak mahu mendoakan seseorang , rasanya tidak perlu untuk memberitahu kepada umum kerana ia boleh memalukan diri sendiri serta individu terbabit dan mencetuskan kata-kata negatif dikalangan masyarakat.

Sumber Berita : mStar Online

Saharul Ridzwan Minta Maaf Jika Ada Rakan Artis Tidak Dijemput Ke Majlis Perkahwinannya

Posted: 25 Sep 2016 01:00 PM PDT

Pelakon Mia Ahmad yang dikatakan bercinta dengan Saharul Ridzwan baru-baru ini ada menjawab persoalan mengenai ketidakhadirannya pada majlis perkahwinan Saharul dan Deena Emir.

Menurut Mia,  beliau tidak mempunyai sebarang alasan peribadi untuk hadir ke majlis perkahwinan Saharul, tetapi beliau sebenarnya tidak menerima sebarang jemputan daripada pihak pengantin sendiri.

Susulan daripada perkara berkenaan, Saharul menerusi portal mStar Online tampil memohon maaf sekiranya ada antara rakan artis yang tidak mendapat undangan ke majlis perkahwinannya yang diadakan pada 16 September lepas.

Menurut Saharul,  kad jemputan perkahwinannya telah diserahkan kepada pengurus majlis perkahwinannya dan mungkin ada beberapa nama yang terlepas pandang.

Semua jemputan artis, klien, produser dan kru produksi telah diserahkan kepada pengurus majlis (wedding planner). Minta maaf mungkin ada yang saya terlepas pandang.

Saharul Ridzwan dan Deena Emir bernikah pada 16 September  di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Pasangan ini kemudian mengadakan dua majlis resepsi perkahwinan iaitu di Dewan Sri Siantan Putrajaya dan bersama peminat dan rakan artis di Hotel Blue Wave, Shah Alam.

Biasalah tu, dalam kesibukan menguruskan hal perkahwinan, kadang-kadang ada perkara yang kita terlepas pandang. Jangan fikir negatif dan berkecil hati.

Sumber Berita : mStar Online

Kekasih Juruterbang Tinggalkan Atikah Suhaime Selepas Foto Bogel Tersebar?

Posted: 25 Sep 2016 12:00 PM PDT

Baru-baru ini foto Atikah Suhaime bersama kekasih baharunya Sherzod Yusuf sudah mula tersebar di Internet. Ramai yang ingin tahu apa pula yang terjadi dengan hubungan cinta Atikah bersama kekasih juruterbangnya yang sebelum ini cukup hangat diperkatakan.

Menurut ruangan Miss J di akhbar Utusan Mingguan, Atikah dan kekasih juruterbangnya itu sudah pun memutuskan hubungan percintaan mereka,  selepas lelaki itu kecewa dengan kontroversi foto bogel Atikah bersama Idris Khan yang cukup mendapat perhatian ramai.

Menurut sumber Miss J, beliau tidak sangka Atikah yang sering berlagak baik dan polos boleh melakukan sesuatu perkara yang tidak senonoh dan menjatuhkan maruahnya.

Lebih malang lagi, lelaki itu sudah mempunyai rencana untuk melamar Atikah menjadi isterinya tetapi selepas foto bogel itu tersebar, lelaki berkenaan terus membatalkan niatnya itu.

Difahamkan, Atikah sebelum ini memang susah untuk berpegangan tangan dengan kekasihnya apatah lagi membuatkan perkara yang lebih lagi.

Ermm, sejujurnya teman lelaki mana yang tidak terperanjat jika kekasih yang disangka cukup baik tiba-tiba dikatikan dengan kontroversi yang tidak senonoh. Bukan mudah hendak terima hakikat apatah lagi foto-foto yang tersebar akan kekal berada di Internet seumur hidup. Memang malu ..

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Beza Umur 13 Tahun Tidak Halang Rita Rudaini Dan Donna Muslim Untuk Berkawan Rapat

Posted: 25 Sep 2016 11:45 AM PDT

Kehadiran pengacara Donna Muslim didalam hidup Rita Rudaini kini membuatkan aktres itu kelihatan lebih ceria dan mampu menghilangkan dukanya terhadap kekecewaan yang pernah dialaminya dengan dua orang lelaki sebelum ini.

Setiap kali mereka memuat naik foto bersama di Instagram, peminat mengiringi setiap foto dengan doa dan harapan agar mereka berdua bercinta dan mempunyai jodoh bersama tanpa memikirkan jarak usia sebanyak 13 tahun.

Menurut Rita, buat masa ini beliau enggan meletakkan sebarang harapan terhadap perhubungannya dengan Donna dan mengakui mereka sebagai kawan rapat sahaja.

Mungkin kerana dia pandai melayan anak-anak saya dan mereka juga selesa dengan kehadirannya.Saya akui selesa bersahabat dengannya kerana dia seorang pendengar yang baik dan menyenangkan hati apabila saya bercerita tentang masalah kepadanya.

Pada masa yang sama, Rita memberitahu anak-anaknya ada menyuruh beliau untuk mencari pengganti bapa mereka. Walaubagaimanapun, Rita menjelaskan beliau sudah tidak tahu bagaimana untuk bercinta.

Saya tiada masa untuk menghabiskan masa berjam-jam bercakap di telefon atau menghantar mesej sekadar untuk berborak kosong. Sekarang saya cuma mempunyai masa terluang pada waktu malam selepas anak-anak tidur dan selesai kerja untuk membelek telefon.

Jika ada lelaki yang boleh menerima keadaan itu, baguslah, kerana saya tiada masa hendak melayan mereka seperti pasangan bercinta yang lain.

Tidak dinafikan, meskipun Donna jauh lebih muda daripada Rita, mereka berdua sebenarnya nampak cukup sepadan bersama. Jodoh ini semuanya terletak di tangan Allah SWT, umur bukan pengukur sebuah cinta dan kasih sayang.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

myartis.com

Posted: 26 Sep 2016 01:49 AM PDT

myartis.com


15 GAMBAR - ADIRA SAMBUT BIRTHDAY BERSAMA PEMINAT

Posted: 25 Sep 2016 07:54 PM PDT



Adira Suhaimi baru-baru ini telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-25 bersama peminatnya bertempat di Red Box The Gardens Mid Valley.

Suami kepada Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red juga turut hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Jom lihat!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DATUK SERI ADNAN MEMANG GATAL - AKUI DATIN RED

Posted: 25 Sep 2016 06:04 PM PDT



"Sekuat mane badai datang, kami still together, walaupun dia memang gatai nak berbini banyak cinta n kasih kami tak goyang, this is true love.

"25/09/05 -25/09/16. 11 tahun bersame Suke duke, susah senang,ketawe menangis, dia penghibur hati, dia suke menyakitkn hati, dia kawan, dia sahabat, dia tempat bergantung, dia tempat mengadu, bermanje dialah suami dunia akhirat," demikian kata Datin Red di laman IGnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

20 GAMBAR - SAHARUL RIDZWAN & ISTERI HONEYMOON DI SINGAPURA & INDONESIA

Posted: 25 Sep 2016 05:57 PM PDT



Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir telah pergi berbulan madu di Singapura dan kini mereka sedang menikmati bulan madu di Indonesia pula.

Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh pasangan ini di laman Instagram masing-masing, Saharul dan isteri bukan main romantik lagi ketika disana.

Jom kita lihat gambar-gambar sekitar bulan madu mereka ini.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

HABIS PANTANG - RAJA FARAH PERLU MASA DEDAH WAJAH ANAK

Posted: 25 Sep 2016 05:18 PM PDT



Walaupun dirinya sudah pun habis berpantang beberapa hari lalu, pelakon Raja Farah Raja Aziz, 28, belum bersedia berkongsi gambar wajah Imran Iskandar iaitu anak sulungnya hasil perkahwinannya dengan Iskandar Ismail, 34.

Kata Raja Farah, antara sebab belum bersedia berkongsi adalah kerana bayinya yang dilahirkan pada 10 Ogos lalu itu perlu rehat yang secukupnya dan dirinya baru melepasi fasa pemulihan dan masih berusaha menstabilkan diri.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

PELAKON DITAHAN MILIKI GANJA, PEDANG SAMURAI, PISAU & PISTOL

Posted: 25 Sep 2016 03:02 PM PDT



Seorang pelakon pembantu dalam beberapa drama tempatan berusia 28 tahun ditahan polis bersama dua rakannya selepas disyaki menanam dan memiliki ganja.

Selain ganja, mereka juga didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu tujuh pedang samurai, 21 pisau, tiga buku lima, empat pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Ampang, semalam.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ROTIKAYA

Posted: 25 Sep 2016 08:17 PM PDT

ROTIKAYA


Scha al-Yahya Belajar Masak Di Youtube

Posted: 25 Sep 2016 08:11 PM PDT

Jujur dan tidak segan berkongsi pengalaman memasaknya, pelakon Scha al-Yahya menjelaskan bahawa dia banyak belajar memasak melalui Youtube. Malah ibu kepada Lara Alana ini juga mengakui dia mulai belajar memasak sejak empat tahun lalu – selepas dia berkahwin dengan Awal Ashaari.

BACA: Scha al-Yahya Jadi Lebih Sabar Selepas Balik Umrah

"Kalau nak tahu sebelum berkahwin saya tak pandai langsung memasak. Nak menggoreng pun tak tahu! Pendek kata kalau saya cuba masak sesuatu masakan, semua tak menjadi. Jadi selepas berkahwin saya nekad untuk belajar”

“Bukan kerana memenuhi permintaan suami semata-mata, tetapi atas kesedaran sendiri. Lama-kelamaan ia menjadi rutin wajib saya. Memang pada mulanya agak sukar dan perlu mengambil sedikit masa, tetapi selepas banyak kali mencuba baru menjadi”

“Bagi saya menonton di YouTube lebih mudah berbanding melihat resipi. Bukan apa, resipi yang diberikan ibu banyak kepada cukup rasa, namun ia tetap membantu saya," katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, Scha juga menyatakan bahawa ketam masak lemak merupakan makanan kegemaran Awal dan dia pasti akan meluangkan masa dalam seminggu untu memasak. (rtky/s)

7-scha-al-yahya-belajar-masak-di-youtube-rotikaya 6-scha-al-yahya-belajar-masak-di-youtube-rotikaya 4-scha-al-yahya-belajar-masak-di-youtube-rotikaya 3-scha-al-yahya-belajar-masak-di-youtube-rotikaya 2-scha-al-yahya-belajar-masak-di-youtube-rotikaya 1-scha-al-yahya-belajar-masak-di-youtube-rotikaya

“Saya Buat Album Demi Peminat, Bukan Wang Ringgit”

Posted: 25 Sep 2016 07:19 PM PDT

Agak lama menyepi tanpa sebarang khabar, Anuar Zain akhirnya melancarkan produk terbaharu menerusi album edisi kelimanya. Akui album terbabit menelan belanja yang besar, namun Bagi beliau wang ringgit bukanlah keutamaan yang dikejar tetapi demi peminat yang sudah lama menantikan album ini selepas lima tahun tidak menghasilkan sebarang karya.

BACA: Anuar Zain Akui Tidak Layan Instagram, Twitter

"Ya, kos yang dikeluarkan memang sangat mahal. Pun begitu, saya berpuas hati dengan hasil yang diperoleh. Jujurnya, pembikinan sesebuah album pada masa sekarang tidak mendatangkan keuntungan kepada seseorang penyanyi. Ia sebuah mungkin merugikan. Bagaimanapun, keputusan saya untuk mengeluarkan album ini adalah demi peminat, bukan kerana wang ringgit”

"Setiap satu daripadanya perlu menjalani proses atau prosedur yang terperinci agar penantian lima tahun oleh para peminat Anuar Zain berbaloi. Bagi saya, kehendak peminat perlu diberi keutamaan. Inilah tanggungjawab sosial saya sebagai penyanyi yang bertahan sehingga kini dek peminat yang tidak pernah putus memberi sokongan,” katanya kepada Utusan Online.

Mengambil masa selama lima tahun selepas album terdahulu, Anuar menjelaskan bahawa sikapnya yang teliti dalam menghasilkan sesuatu merupakan sebab untuk album ini mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Malah katanya, setiap satu daripada lagu tersebut menjalani proses yang terperinci agar penantian peminat selama lima tahun berbaloi.

Album terbaru Anuar yang berjudul Anuar Zain Volume 5 ini memuatkan lapan buah lagu baru didalamnya. Ramai penulis lagu terkenal turut terlibat dalam menghasilkan album ini. Tidak ketinggalan juga, Anuar sendiri ada menampilkan bakatnya dengan menulis lagu selain menyanyikan semula lagu Hujan yang sebelum ini dinyanyikan oleh arwah Sudirman. (rkty/w)

“Lelaki Sudah ‘Mati’ Dalam Hidup Saya”

Posted: 25 Sep 2016 07:11 PM PDT

Sering kali menerima persoalan berkaitan teman hidup, pelakon dan juga ibu tunggal Izreen Azminda menjelaskan bahawa dia sebenarnya takut untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya. Baginya keutamaan adalah pada kerjaya dan juga anaknya.

BACA: Izreen Azminda Berdendam Dengan Amar Baharin?

"Sekarang saya bahagia kerana tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Saya lebih fikirkan soal kerja dan anak. Lelaki sudah 'mati' dalam hidup saya. Belum fikir lagi ke arah itu (perkahwinan). Saya takut jika lelaki yang saya terima nanti tidak boleh menjaga anak saya”

“Ada yang mahu mendekati, tetapi belum berjumpa dengan orang yang menepati citarasa. Kalau boleh saya mahu lelaki yang sudah punya kewangan kukuh. Bukanlah seorang yang kaya, cukuplah dia punya pekerjaan sendiri,” jelasnya kepada portal Insta Online.

Selain itu, Izreen dalam masa yang sama turut mendedahkan bahawa bukanlah mudah baginya untuk mewujudkan keserasian di lokasi bersama pelakon lelaki namun tidak menolak untuk bercinta jika sudah dirasakan sesuai baginya. (rtky/s)

7-lelaki-sudah-mati-dalam-hidup-saya-rotikaya 6-lelaki-sudah-mati-dalam-hidup-saya-rotikaya 5-lelaki-sudah-mati-dalam-hidup-saya-rotikaya 4-lelaki-sudah-mati-dalam-hidup-saya-rotikaya 3-lelaki-sudah-mati-dalam-hidup-saya-rotikaya 2-lelaki-sudah-mati-dalam-hidup-saya-rotikaya

Selepas Diugut Bunuh, Remy Ishak Upah Pengawal Peribadi

Posted: 25 Sep 2016 06:47 PM PDT

Tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku, pelakon Remy Ishak menjelaskan kepada Harian Metro bahawa dia kini mengupah pengawal peribadi sementara menunggu siasatan pihak polis.

BACA: Selepas Diugut Bunuh, Rumah Remy Ishak Diserbu

"Setakat ini belum ada apa-apa perkembangan. Saya tidak tahu statusnya kerana masih dalam siasatan polis. Terus-terang saya tidak selesa bergerak ke mana-mana kerana benda belum selesai. Polis masih buat siasatan dan saya kena sabar menanti”

“Selagi tidak selesai ia mengganggu banyak perkara,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah pengawal peribadi yang diupahnya.

Rumah Remy Ishak juga sebelum ini telah diserbu oleh pihak polis kerana telah mendapat laporan bahawa terdapat dadah di rumahnya. Bagaimanapun hasil siasatan polis tidak menjumpa sebarang baha yang didakwa tersebut. (rtky/s)

7-selepas-rumah-diserbu-remy-ishak-upah-pengawal-peribadi-rotikaya 6-selepas-rumah-diserbu-remy-ishak-upah-pengawal-peribadi-rotikaya 5-selepas-rumah-diserbu-remy-ishak-upah-pengawal-peribadi-rotikaya 4-selepas-rumah-diserbu-remy-ishak-upah-pengawal-peribadi-rotikaya 3-selepas-rumah-diserbu-remy-ishak-upah-pengawal-peribadi-rotikaya 2-selepas-rumah-diserbu-remy-ishak-upah-pengawal-peribadi-rotikaya

Jutaan Produk Sukan, Potongan Harga Hingga 70%!

Posted: 25 Sep 2016 09:26 AM PDT

Nampaknya kali ini Sport Planet telah kembali menggegarkan kota Kuala Lumpur kerana pada 29 September sehingga 9 Oktober ini mereka akan mengadakan jualan besar-besaran diikuti dengan diskaun sehingga 70% untuk pelbagai barangan sukan di sini.

Apa yang menarik, barangan yang anda boleh dapatkan di sini terjamin tulen, berkualiti selain telah mendapat pelbagai testimoni pelanggan yang berpuas hati di Facebook mereka. Malah ada yang sudah tertunggu tunggu Sport Planet mengadakan jualan di tempat mereka lagi.

2-6-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-peratus-rotikaya

Apa yang anda boleh dapatkan kali ini adalah jutaan barangan sukan berjenama dunia seperti Puma, Nike, Timberland, Yonex, Adidas dan macam-macam lagi.

3-6-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-peratus-rotikaya

Selain itu, jualan besar besaran oleh Sport Planet juga turut memberikan peluang anda untuk berjimat melalui potongan harga yang sukar ditolak, malah turut membawakan anda pakaian, kasut, stokin dan juga banyak lagi.

1-6-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-peratus-rotikaya

Jadi, jangalah lepaskan peluang anda untuk sama-sama berjimat. Ajak pasukan futsal, ajak pasukan badminton anda untuk serbu Odeon Walk yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman (berhadapan KL Sogo).

Kami kongsikan dengan anda beberapa keping gambar barangan sukan yang anda boleh dapatkan di sana nanti. Tanda awal-awal pada kalendar, datang serbu ramai ramai! Jika takut terlepas tarikh, kamia tuliskan sekali lagi info di bawah.

Tarikh: 29/09/2016 hingga 09/10/2016
Masa: 11 pagi hingga 9 Malam
Lokasi: Odeon Walk, Jalan TAR (Bertentangan KL SOGO)

17-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 18-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 14-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 2-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 10-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 19-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 8-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 1-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 7-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 11-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 13-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 9-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 16-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 12-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 15-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 5-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 6-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya 3-jutaan-produk-sukan-potongan-hingga-70-rotikaya

Zarina Anjoulie Kini Sudah Berpisah Dengan Suami?

Posted: 25 Sep 2016 12:31 AM PDT

Jika diikutkan perkembangan kehidupan melalui akaun media sosial Zarina Anjoulie, semuanya nampak baik baik belaka namun muatnaik gambar baru baru ini menimbulkan persoalan buat peminat dan pengikutnya di Instagram.

BACA: Zarina Anjoulie Selamat Lahirkan Anak Sulung

1-zarina-anjoulie-sudah-berpisah-dengan-suami-rotikaya

Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kini, peminat juga dilihat turut sama berdoa agar pasangan ini tidak berpisah selain memberikan kata-kata semangat agar Zarina tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

Ogos lalu, pasangan ini baru saja dikurniakan cahaya mata sulung lelaki, Gabriel Martin Ezra dan kini Zarina masih lagi berada dalam tempoh pantang. Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia.

Keputusan untuk berhijrah membuatkan pelakon wanita ini kembali mendapat perhatian peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya. Jika Zarina cukup tabah menghadapi kontroversi lalu, tidak mustahil dugaan yang mendatang kini dapat dilaluinya dengan tenang. (rtky/s)

3-zarina-anjoulie-sudah-berpisah-dengan-suami-rotikaya 4-zarina-anjoulie-sudah-berpisah-dengan-suami-rotikaya 5-zarina-anjoulie-sudah-berpisah-dengan-suami-rotikaya 6-zarina-anjoulie-sudah-berpisah-dengan-suami-rotikaya 7-zarina-anjoulie-sudah-berpisah-dengan-suami-rotikaya 8-zarina-anjoulie-sudah-berpisah-dengan-suami-rotikaya

No comments:

Post a Comment