Saturday, 5 November 2016

blognombor0101

KREDIT* LINK URL SUMBER ASAL DIBAWAH

blognombor0101


MySensasi

Posted: 05 Nov 2016 11:51 AM PDT

MySensasi


Jadual Keputusan Piala AFF Suzuki 2016

Posted: 04 Nov 2016 04:38 PM PDT

Jadual Keputusan Piala AFF Suzuki 2016. Saingan bolasepak serantau peringkat Asia Tenggara kini kembali. Myanmar dan Philipines akan menjadi tuan rumah untuk saingan peringkat kumpulan. AFF Suzuki Cup akan bermula pada 19 November dan berakhir pada 17 November 2016. Untuk makluman , Malaysia diundi dalam kumpulan B bersama Vietnam, Kemboja dan Myanmar selaku tuan rumah. …

The post Jadual Keputusan Piala AFF Suzuki 2016 appeared first on Info Semasa.

KedahLanie.info

Posted: 05 Nov 2016 10:17 AM PDT

KedahLanie.info


GABUNGAN PEMBANGKANG TERBESAR, Segerakan Masa Kian Singkat.

Posted: 05 Nov 2016 08:40 AM PDT

Jamaludin Jamalu,  

PERTAMA sekali saya bersetuju dengan Sdr Dato Husam, bahawa gabungan pembangkang yang kuat hendaklah bermula dari sekarang. Tidak perlu menunggu Pas. Biar pas itu datang sendiri. Jika partai itu hendak bersendirian lagi baik. Jika mereka bersama dengan PH akan berbangkit masalah kembali. Yang hendak kita awasi adalah kehendak rakyat bukannya Pas, Pas biarkan mereka dengan keputusan tersendiri.

PKR-Amanah-Dap dan Bersatu, bentuk permaufakatan segera. Susun strategi, tentukan pembahagian kerusi biar selesai awal lebih baik dari menunggu saat akhir PRU. Jangan risaukan lagi soal satu lawan satu. Biar sekalipun berlaku 3 penjuru. Pas biar mereka hendak bersendirian ataupun masih mahu bersongkongkol dengan Umno-Bn usahlah perdulikan mereka. Biarkan saja mereka pergi ke mana hendak mereka berkelana. Itu pilihan mereka. Jangan perdulikan Pas.

Bila semua itu beres dan selesai, kumpulkan seluruh tenaga kekuatan. Bangkitkan kesedaran rakyat. Kalau tidak masakan landskap politik itu mana mungkin akan berubah. Tanpa Anwar kita jangan jadi penikus. Tsunami politik itu tidak akan bergelombang kalau kita tidak berani meniup momentumnya. Tanpa momentum politik itu tidak sesekali akan berkocak dan bergelora, mana mungkin rakyat manpu mengolahi kesedaran mereka untuk bangkit memberanikan diri bagi mengukir sejarah perobahan. 

Tanpa apa-apa perobahan Najib juga akan kekal di puncak kuasa dan tahta sekaligus menjadi kuasa pemutus di negara ini. Jika Najib kekal tentunya yang paling seronok sekali ialah geng lebai-lebai. Rakyat marheain akan terus merempat dan merana lagi......

Salam perjuangan......

Pertemuan Azizah & Hasmah - Mampukah airmata mengubah landskap politik Malaysia?

Posted: 05 Nov 2016 08:07 AM PDT

 
 

Kedua suami mereka pernah dikatakan team terbaik menerajui Malaysia ke zaman kegemilangan. Takdir menentukan mereka berseteru.

Kini mereka mula bersama mengusahakan satu tujuan. Menyingkirkan pemerintahan Umno-BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang paling teruk, DS Najib.

Perpatah mengatakan disebalik kecemerlangan seseorang lelaki ada bersamanya adalah seorang wanita.

Dan sifat kewanitaan yang mudah tersentuh walau sekeras mana pun jiwanya. Maka airmata yang mengalir memadam segala dendam yang tersimpan. Mampukah airmata ini mengubah landskap politik Malaysia?

Iskandar: Hanya Hadi berhak nafi kerjasama PAS, pembangkang

Posted: 05 Nov 2016 07:26 AM PDT

 samad
SHAH ALAM: Hanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menafikan komen PAS bekerjasama dengan parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Iskandar Abdul Samad.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu mengulas penafian Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menganggap amaran diberikan Hadi pada Rabu lalu, diputar belit media.

"Kalau nak nafikan pun, biarlah presiden sendiri yang nafikan. Tidak perlulah orang lain (yang nafi). Saya tidak mahu komen, biar presiden sendiri yang buat kenyataan.

"Saya pun tidak tahu, itu apa yang dilaporkan media. Saya hanya boleh komen jika ada makluman tentang hal itu. Apa yang dilaporkan itu kita belum dapat pengesahannya," katanya kepada FMT hari ini.

Kelmarin, Hadi dilaporkan memberi amaran kepada DAP dan parti pembangkang lain tidak campur tangan urusan dalaman PAS, jika mahu hubungan dengan parti itu dipulihkan.

Katanya, PAS sudah lama membuka pintu perundingan dengan parti lain, susulan hasrat parti pembangkang untuk memastikan kemenangan pada PRU14 melalui pertandingan 1-lawan-1 dengan BN.

Sementara itu, Iskandar berkata, berdasarkan suasana politik di Selangor, pertandingan 1-lawan-1 amat penting kepada pembangkang kerana BN akan menang jika wujud pertandingan 3 penjuru di negeri itu.

"Realiti di Selangor, kalau tidak ada 1 lawan 1, maka BN akan menang. Kalau ada 3 penjuru, BN akan menang.

"Untuk Selangor, sebagaimana kita lihat di Sungai Besar, perlu ada 1-lawan-1. Di tempat lain saya tidak tahu," katanya.

Peguam: Siasat 3 bekas menteri untuk takutkan individu bangkit isu 1MDB

Posted: 05 Nov 2016 07:23 AM PDT

 eric-paulsen-1mdb
PETALING JAYA: Lawyers for Liberty menyifatkan tindakan polis menyiasat 3 bekas menteri yang membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat adalah taktik kotor untuk menakut-nakutkan pembangkang dan sesiapa sahaja yang lantang bersuara mengenai perkara itu.

Pengarah eksekutifnya, Eric Paulsen mengulas siasatan polis ke atas bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, minggu lalu.

"Walaupun hasutan tidak dilindungi keistimewaan Parlimen, jelas pihak berkuasa begitu terdesak menyiasat Husni dan lain-lain hanya kerana membawa isu 1MDB.

"Dengan menyalahgunakan kuasa polis sehingga ke institusi Parlimen yang sepatutnya selamat daripada sebarang penindasan menunjukkan ruang demokrasi sempit," kata Eric Paulsen kepada FMT hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Husni cuba menghasut rakyat mempercayai perdana menteri melakukan kesalahan, sedangkan siasatan ke atas 1MDB belum selesai.

Bahkan, polis percaya mempunyai alasan mencukupi untuk menyiasat 3 bekas menteri di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan.

Eric berkata, siasatan ke atas pihak yang menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit dalam skandal 1MDB lebih penting daripada menyiasat Husni, kerana bekas menteri kewangan kedua itu sekadar menjalankan tugasnya di Dewan Rakyat.

"Saya nasihatkan pihak berkuasa menyiasat skandal 1MDB yang melibatkan kerugian dana negara berbilion-bilion ringgit. Ini kerana isu ini sudah disiasat di seluruh dunia.

"Apa yang dibangkitkan Husni berciri kepentingan awam dan beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli Parlimen," katanya.

Siasatan ke atas 3 bekas menteri itu dibuat susulan laporan polis dibuat Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.

Usaha berbincang dengan PAS - Sekadar peringatan untuk pimpinan PH & BERSATU

Posted: 04 Nov 2016 07:48 PM PDT

Merujuk kepada usaha mahu berbincang dengan PAS oleh parti2 seperti Bersatu dan PKR, saya perlu beri beri pendapat saya:

1) Perlu selesai pembahagian kerusi sesama PH dan Bersatu dahulu. Kita tidak mahu ambil risiko PAS memecahbelahkan pakatan Pembangkang.

2) Kalau pun berlaku satu lawan satu yg melibatkan PAS, PAS akan kalah hampir semua kerusi mereka tandingi kerana PAS telah hilang hampir semua sokongan dari kaum bukan Melayu

3) Sokongan kaum Melayu juga menurun kepada PAS berdasarkan keputusan PRK Sb dan Kuala Kangsar yg melihatkan mereka cuma mampu mendapat tidak lebih 30% Melayu sahaja.

4) Timbalan Presiden PAS sendiri pernah berkata dalam satu ucapan beliau yg diviralkan dlm internet bahwa selepas keputusan PRU PAS boleh pergi dengan sesiapa sahaja. Tiada jaminan mereka akan kekal dgn pembangkang.

5) PaS juga terbukti mampu melanggar janji mereka seperti dlm PRu 13 yg lepas. Mereka boleh meletak calon di mana sahaja mereka suka dan mereka boleh melanggar janji mereka pada bila bila masa.

6) Kajian IDER yg terbaru membuktikan PH jauh lebih popular dari PAS. Begitu juga kajian badan2 lain yg menunjukkan Pakatan Harapan jauh lebih berpotensi menarik sokongan Melayu berbanding PAS.

7) Maklumat yg saya dapati PAS Kelantan telah membuat kajian mereka sendiri dan mendapati mereka bakal hilang Kelantan walaupun tanpa wujudnya Amanah.

8) Strategi menguatkan Pakatan Pembangkang lebih baik berbanding cuba memujuk PAS yg jelas akan hilang 90% dari kerusi2 yg mereka menangi pada 2013 lepas..

sekadar pandangan peribadi

Mohd Fakhrulrazi Mokhtar

myartis.com

Posted: 05 Nov 2016 02:13 AM PDT

myartis.com


AL-FATIHAH - ISTERI JALALUDDIN HASSAN KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 04 Nov 2016 06:39 PM PDT




UPDATE:

Takziah diucapkan buat pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan atas pemergian isteri tercintanya, Datin Hasimah Mad Ihsan.

Ketika dihubungi BH, Datuk Jalaluddin mengesahkan bahawa isterinya itu meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi pembedahan jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

9 GAMBAR - AERIL ZAFREL BERCUTI DI KOREA BERSAMA ANAK & ISTERI

Posted: 04 Nov 2016 05:26 PM PDT



"Attar & Hayla around the world. Tapi Attar asyik tido je. hmmmm," ujar Aeril Zafrel yang kini sedang bercuti di Korea bersama isteri, Wawa Zainal serta dua anaknya, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Seronoknya bila kami lihat gambar-gambar percutian Aeril bersama keluarga. Mereka sempat berkunjung ke tempat-tempat menarik yang ada di Korea.

Jom tengok!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"JANGAN AMBIL MUDAH & LEWA" - NABIL SUDAH BAYAR CUKAI RM500K

Posted: 04 Nov 2016 04:32 PM PDT



"Ya, sebelum ia jadi masalah yang serius, saya buat keputusan untuk menunaikan tanggungjawab itu dengan hati penuh rela.

"Saya tidak melihat pembayaran cukai ini sebagai satu beban, sebaliknya sentiasa beringat bahawa dalam setiap pendapatan atau rezeki yang diperoleh, terdapat hak orang lain di dalamnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Toknek.com RSS Feed

Posted: 05 Nov 2016 02:13 AM PDT

Toknek.com RSS Feed


Ni Barangkali Rekaan Microsoft Surface Phone

Posted: 05 Nov 2016 01:24 AM PDT


Microsoft tak akan melancaqkan peranti menggunakan sistem operasi Windows 10 Mobile tahun ni pasai ingin menumpukan perhatian kepada penghasilan komputer riba dan desktop Dengan Surface Studio da...

Apple Mengurangkan Ghega Jualan Penyesuai Macbook Selepaih Menerima Reaksi Tak Berapa Nak Elok

Posted: 05 Nov 2016 01:22 AM PDT


Selepaih MacBook Pro baghu dilancaqkan dua minggu lepaih ghamai peminat Apple mengeluh pasai ia hanya disertakan dengan port USB C Alasan yang diberikan oleh Apple ialah teknologi lama haruih dig...

Bina Empayaq Berniaga Dan Jalan Untuk Berjaya Dalam Tap To Riches

Posted: 04 Nov 2016 11:32 PM PDT


hampa semua takkan boleh kaya dalam sekelip mata tapi hampa semua boleh berusaha untuk mencapai kejayaan hampa semua penah main permainan Taps to Riches dalam game inilah hampa semua boleh bu...

Netizen Kritik Nyanyian Nur Fazura Di Muzik Muzik 31

Posted: 04 Nov 2016 11:22 PM PDT


kemarin peringkat separuh akhiaq Muzik Muzik 31 telah berlangsung dan salah satu lagu yang bertandin adalah hancoq Aku nyanyian kumpulan Estranged dan Nur Fazura Sekali lagi Fazura menjadi mang...

Bioluminescence Fenomena Luarbiasa Cahaya Biru Ayaq Laut

Posted: 04 Nov 2016 10:02 PM PDT


Misteri penampakan cahaya biru atau nama saintifiknya sebagai Bioluminescence di pesisiaq pantai penah direkodkan berlaku di beberapa buah negara Setakat ni terdapat 15 buah lokasi terlibat iaitu ...

Huangluo Kampung Rambut Terpanjang Pertama Di Dunia

Posted: 04 Nov 2016 09:42 PM PDT


Menurut kaum pompuan etnik Yao di Kg Huangluo China rambut adalah milik pompuan yang palin berharga Huangluo jugak macam perkampungan China yang lain yang mempunyai pemandangan semulajadi yang ...

Xiaomi Memperkenaikan Redmi 4 Dan Redmi 4a Ghega Bermula Sekitaq Rm310

Posted: 04 Nov 2016 04:22 PM PDT


Selepaih memperkenaikan telefon pintaq flagship Xiaomi pada minggu lepaih la nih depa turut telah memperkenaikan peranti dibawah keluarga Redmi yang mana memfokuihkan kepada peranti berspesifika...

4 Prinsip Untuk Menjadi Kaya Dengan Bekerja 9 To 5

Posted: 04 Nov 2016 07:02 AM PDT


Sejak akhir akhiaq ni ghamai yang membenci gheja dan bos depa sendiri ghamai yang bekerja keraih untuk mendapatkan ijazah dan akhiaqnya mau beghenti gheja Setelah terinspirasi dengan pelaboq...

Rakyat Bergelut Dengan Banjiaq Guan Eng Sedap Tidoq Di Banglo Mewah

Posted: 04 Nov 2016 05:02 AM PDT


4 11 2016 Hujan lebat pagi ni jadi punca beberapa kawasan dinaiki ayaq macam di Bayan baghu dan Bukit Jamboi jugak berlaku di beberapa kawasan di Taman Lip Sin dan Batu Maung Kerajaan DAP nege...

Metai Band Mutiara Damansara Mendapat Peminat Dari Malaysia Pasai Namanya

Posted: 04 Nov 2016 03:42 AM PDT


oghang Malaysia meghasakan nama ni membuat depa geli hati pasai nama tempat yang terkenai dengan IKEA Namun ahli band Mutiara Damansara ni meghasakan nama hat sama dok habaq tadi adalah cun dan ...

Usahawan Muda Bergelaq Jutawan Dikecam Teghok Natizen Pasai Video Pegang Anjin

Posted: 04 Nov 2016 02:32 AM PDT


Kecoh sejak kelmarin di media so siall apabila usahawan muda yang viral baghu baghu ni pasai telah memberi inspirasi kepada ghamai anak muda dikecam natizen pasai memuat naik satu video gosip di In...

Sekitaq Kemeriahan Malaysia Fashion Week 2016

Posted: 04 Nov 2016 02:22 AM PDT


Malaysia Fashion Week 2016 MFW2016 la nih sedang berlangsung sejak 2 November Rabu sehingga 5 November Sabtu ni Acara yang penuh gilang gemilang dan berprestij ni dijalankan di MATRADE Exhib...

beautifulnara

Posted: 05 Nov 2016 01:52 AM PDT

beautifulnara


Netizen Kritik Nyanyian Nur Fazura Di Muzik-Muzik 31

Posted: 04 Nov 2016 10:12 PM PDT

Semalam, peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 31 telah berlangsung dan salah satu lagu yang bertanding adalah Hancur Aku nyanyian kumpulan Estranged dan Nur Fazura.

fazura-1

Sekali lagi Fazura menjadi mangsa kritikan netizen yang tidak berpuas hati dengan persembahan beliau semalam.

Menurut mereka, nyanyian Fazura agak teruk dan ia menjejaskan peluang untuk kumpulan Estranged mara ke peringkat final.

Berikut antara komen netizen di Twitter :-

komen-1 komen-2

komen-3 komen-4

Malah, persembahan semalam turut mendapat perhatian pengarah Michael Ang yang mengatakan seorang pelakon tidak perlu menceburi bidang nyanyian. Orang ramai percaya "tweet" Michael itu ditujukan buat Fazura.

 

Apa pula pendapat korang? Betul ke lagu berkenaan hancur apabila dinyanyikan oleh Fazura?

No comments:

Post a Comment