Walaupun disebut namanya dalam ucapan oleh Tun Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Iskandar Samad sebenarnya tidak hadir dalam majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Sabtu lalu.
Difahamkan namanya disebut dalam teks ucapan Tun Mahathir kerana kedua-duanya sudah mengesahkan kehadiran mereka sebelum ini.
Tetapi, kenapa tiba-tiba tidak hadir?
Diberitakan kemudian bahawa ketidakhadiran mereka disebabkan adanya "arahan" pada hari yang sama yang tidak membenarkan mana-mana pemimpin Pas menghadiri majlis tersebut, meskipun persetujuan untuk hadir sudah diberikan sebelum itu.
Akhirnya, satu-satunya orang Pas yang hadir dalam majlis itu ialah Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.
Namun, beliau tiada apa-apa jawatan dalam Pas, cuma masih Ahli Parlimen bagi parti tersebut. Beliau yang lebih dianggap Pas "harumanis", di luar hijau, di dalam oren, bagaimanapun memberitahu kehadirannya adalah atas kapasiti peribadi.
Dengan yang demikian, ketidakhadiran Pas dengan sendirinya menimbulkan banyak persoalan.
Pas dilaporkan sedang dalam proses rundingan dengan Bersatu dan seperti yang pernah ditulis oleh A Kadir Jasin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, kata putus sama ada ia berhasil atau sebaliknya, mesti dimuktamadkan pada bulan ini juga.
Tugas mengetuai rundingan diserahkan kepada Muhyiddin Yassin untuk mengepalainya.
Sekiranya Pas mempunyai kecenderungan untuk bersama dengan parti-parti pembangkang dan sedar rundingan ke arah itu sedang berjalan, keputusan tidak menghantar wakil sedangkan kata setuju untuk hadir sudah diberikan, ia tentu merupakan tanda negatif.
Jika ingin bersama, Pas tentu memilih untuk hadir dan tidak mengeluarkan arahan sebaliknya.
Mahfuz sendiri mempersoalkan sikap Pas dengan mengatakan ia memberi isyarat seolah-olah parti itu enggan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi menumbangkan UMNO dan BN serta menyingkirkan Najib Razak sebagaimana yang diinginkan oleh majoriti rakyat sekarang ini.
Apakah boleh ditafsirkan ketidakhadiran Pas kerana parti itu enggan bekerjasama atau kerana adanya pemimpin-pemimpin DAP dan Amanah yang turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut?
Masihkah Bersatu mahu menunggu kata setuju daripada Pas untuk bersama atau harus melupakannya begitu saja?
Mungkinkah Pas hanya mahu bersama dengan Bersatu dan PKR saja, tetapi enggan ada sebarang ikatan dengan DAP dan Amanah?
Jika demikian, mungkinkah ada wujud dua pakatan pembangkang iaitu Pakatan Harapan dengan Bersatu sebagaimana yang sudah terjalin ketika ini dan satu lagi hanya melibatkan Bersatu, PKR dan Pas?
Atau mungkinkah Hadi Awang sudah melakukan ijtihad untuk terus kekal bersendirian, sebagaimana dilaporkan sebelum ini beliau juga barangkali telah berijtihad untuk hadir ke Iran di sebalik sedang berlaku serangan dan pembunuhan Syiah terhadap Sunni di Syria?
Dalam hal ini, bagi Bersatu khususnya, perlukah Pas terus "dirindui" atau seharusnya dilepaskan begitu saja?
Apakah Bersatu bersama Pakatan Harapan semata-mata serta dibantu dengan sekian banyak isu yang kian melemahkan kedudukan Najib, masih belum cukup kuat untuk mengalahkan UMNO dan BN, jika pun akhirnya Pas menjadi "pengacau" di tengah-tengah? (SH 16/01/2017).
Selepas ikut arahan parti, bekas ahli PAS sedih dipinggir
Aedi Asri
KUALA LUMPUR: Seorang bekas ahli PAS yang tewas dalam petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum ke-13 terharu dengan sokongan masyarakat pelbagai latar belakang yang membantunya mengumpul wang bagi menampung kos mahkamah.
Bagaimanapun, Za’aba Ibrahim terkilan dengan sikap bekas partinya PAS yang langsung tidak menyatakan sokongan walaupun petisyen itu dibuatnya atas arahan parti.
“Sebagai ahli, saya taat dengan arahan itu. Malah pemimpin sendiri berkata parti akan membayar setiap petisyen yang kalah,” kata Za’aba yang kini ahli Amanah.
Pada 24 Januari 2014, mahkamah rayuan mengarahkan Za’aba membayar kos guaman sejumlah RM50,000 selepas petisyen mencabar keputusan PRU ke-13 bagi kerusi Parlimen Pulai, yang dimenangi Datuk Nur Jazlan Ahmad dari Barisan Nasional, ditolak.
Tarikh akhir bagi pembayaran itu adalah 17 Januari 2017.
Nur Jazlan memenangi kerusi itu mengalahkan calon PAS, Salahuddin Ayub yang kini timbalan presiden Amanah, dengan perbezaan 3,226 undi.
“Saya terima panggilan daripada orang yang tidak dikenali, menyatakan sokongan dan ingin menyumbang wang,” kata Za’aba mengenai sokongan yang diterimanya.
“Ada seorang Punjabi yang menelefon lewat malam, kata ingin pindahkan wang esok pagi sebab bank sudah tutup,” katanya dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini.
Za’aba, yang bekerja sebagai jurukimpal, berkata antara yang banyak membantu adalah wakil rakyat pembangkang terutama Amanah dan DAP negeri, selain gabungan Bersih 2.0 yang menurutnya antara yang memberikan sumbangan terbesar.
“Malah orang Umno dan kariah surau di sini juga ada yang menghulurkan wang, setakat termampu. Saya hargai semuanya.
“Saya doakan Allah memberikan rahmat dan kesihatan yang baik kepada mereka semua,” kata Za’aba yang juga imam sebuah surau di Perling, Johor Bahru.
Pada 10 Januari lalu, Za’aba terselamat daripada diisytiharkan muflis selepas kempen mengumpul dana oleh Amanah berjaya mengumpul RM54,431.76.
“Terima kasih kepada masyarakat yang membantu. Semoga semangat tersebut menjadi petanda kita sudah bersedia membuat perubahan pada pilihan raya akan datang,” katanya.
‘Tiada seorang pun dari PAS menyumbang’
Za’aba berkata beliau terkejut apabila diarahkan ke mahkamah November lalu untuk kes tersebut, kerana selama ini menyangka PAS sudah membayarnya.
“Ketika mendapat surat arahan membayar dari mahkamah pada 2014, saya terus menghantarnya kepada PAS kawasan untuk disampaikan kepada peringkat negeri. Kepimpinan negeri kata akan menyampaikannya ke peringkat Pusat.
“Selepas itu senyap tanpa khabar berita. Saya fikir mereka sudah menguruskannya. Sehinggalah November tahun lalu apabila saya diarahkan ke mahkamah,” katanya kecewa.
Disember lalu, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed dilaporkan berkata PAS tidak akan membayar jumlah itu kerana Za’aba bukan lagi ahli parti.
Bagi Za’aba pula, ia tidak harus dijadikan alasan kerana petisyen dibuat atas arahan parti dan perintah bayaran dikeluarkan ketika beliau masih menjadi ahli.
“Tiada seorang pun pemimpin PAS menyumbang. Mereka hanya sumbang maki hamun. Dengan ahli PAS lagi teruk saya kena,” katanya yang menyertai PAS sejak 1994 dan keluar pada 2015, bersama-sama ramai pemimpin dan ahli lain, menubuhkan Amanah.
Sepanjang keahliannya dalam PAS, Za’aba aktif menganjurkan program PAS di Johor selaku ahli jawatankuasa peringkat kawasan.
Menurutnya, beliau menjadi “wajah pertama” yang akan berhadapan dengan pihak berkuasa jika program parti berhadapan masalah permit.
“Saya keluar kerana akhlak kumpulan mereka tidak lagi menonjolkan akhlak Islam, terutama dengan kutuk-mengutuk terhadap kumpulan profesional menjelang muktamar pemilihan 2015.
“Tetapi saya tidak alergik dengan PAS, malah masih menyimpan kad keahlian sehingga sekarang,” katanya lagi.
Pada Muktamar 2015, pimpinan PAS berubah arah menyaksikan kesemuanya jawatan tertinggi parti itu diisi puak pro-Hadi, yang menyokong dasar presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Entah apalah bala telah menimpa umat negara ini sehingga boleh mempercayai fitnah dengan begitu mudah, tanpa sebarang usul periksa. Mungkin kerana Pulau Pinang itu Ketua Menterinya Cina, dan kerusi kerajaannya majoriti DAP, maka mesti terus percaya segala tohmah dan pembohongan yang dilempar orang terhadapnya.
Beberapa tohmahan terhadap kerajaan negeri kini sedang diulang-siar, dengan harapan untuk mengaburi mata orang ramai daripada melihat kebobrokan yang dirintis oleh pucuk pimpinan negara, dalam skandal-skandal kewangan berskala global.
Tulisan ini adalah permulaan kepada siri menjawab fitnah-fitnah tersebut.
Fitnah 'tidak boleh azan di Pulau Pinang' adalah antara fitnah paling mengarut dan tidak masuk akal yang pernah direkayasa oleh puak pemakan dedak, hatta ia terus menjadi buah mulut orang sehingga masuk tahun 2017, lima tahun sejak fitnah itu dimulakan.
Ya, lima tahun lalu, pada bulan Ramadan 2012 akhbar milik UMNO, Berita Harian melaporkan di muka hadapan bahawa Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara pada waktu Subuh.
Berhari-hari pejabat Ketua Menteri, pejabat Exco agama, Jabatan Mufti mengadakan sidang media untuk memperjelas isu terbabit.
Namun sehingga tahun ini pun masih belum selesai orang menyebar kembali fitnah yang sudah tidur itu. Hatta segala lebai dan alim pun turut sama menuduh bahawa Pulau Pinang sudah tidak benarkan laungan azan.
Mereka yang percaya dengan fitnah ini, barangkali perlu makan kismis minda yang dibacakan 30 Juzuk Al-Quran dan dibasuh dengan air zam-zam.
Untuk meleraikan gundah umat Melayu yang malas ambil tahu ini, kami pergi sendiri ke Pulau Pinang untuk membuat tinjauan dan merakam bukti-bukti bagi membunuh tuduhan dangkal puak-puak pemakan dedak tersebut.
Pagi-pagi Jumaat kami turun ke Kampung Melayu, Air Itam dan bertemu Hajjah Bedah ketika beliau baru sahaja selesai membeli keperluan harian di perkarangan rumah pangsa yang menempatkan nasi kandar paling sedap di wilayah tadbiran DAP itu.
Disoal apa benar tidak boleh azan di Pulau Pinang, wanita ini pantas mengerutkan dahi, dan menggelengkan kepala. "Hai dakkk.. Sini azan hari-hari," katanya, seolah-olah tidak percaya kami akan sanggup bertanya soalan sebodoh itu kepadanya.
"Tak pernah dilarang nak azan di mana-mana pun. Boleh azan, semua okey," tambahnya.
Menurut Hajjah Bedah lagi, penduduk setempat lebih mudah mempelajari ilmu-ilmu agama, ekoran masjid dan surau di Pulau Pinang yang diimarahkan dengan pelbagai kemudahan dan program.
"Kat masjid negeri tu tiap-tiap minggu ada kuliah.
"Makcik balik ikut belah kampung, nak buka puasa, pukul lapan dok tunggu azan, tak azan-azan lagi," tambahnya, menceritakan pengalaman di luar negeri Pulau Pinang.
Lain pula respon Encik Nasarudin, seorang peniaga Uptown Perda.
"Itu saya rasa cerita tu, 'hearsay' disampaikan daripada satu pihak ke satu pihak.
Mengarut, berniat jahat
"Saya bukan takut tak boleh azan, saya takut tak ada orang nak azan," katanya, menjawab persoalan serupa. Boleh dilihat dari riak wajahnya, betapa merepeknya tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.
Beliau malah menganjurkan pertandingan azan untuk kanak-kanak, di Taman Selat, Butterworth. Selain melatih kanak-kanak untuk berani dan mempertingkat keyakinan diri, ia juga bertujuan untuk menangkis fitnah itu.
"Macam mana kata Pulau Pinang tak boleh azan, sedangkan kita buat pertandingan azan.
"Budak-budak ni esok nak pi azan di mana?" soalnya sambil menahan ketawa, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai mengarut dan berniat jahat.
Tuduhan larangan azan, seperti juga tuduhan pengusiran kampung Melayu, dan perobohan gerai Melayu tidak lain merupakan modus operandi United Malays National Organisation, untuk bermain dengan api perkauman, dan membangkitkan rasa tidak senang orang ramai di luar Pulau Pinang terhadap DAP, yang terus menerus dilabel sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.
Apa kata anda berkunjung ke Pulau Pinang dan saksikan dengan mata kepala sendiri, bagaimana Pulau Mutiara ini telah berubah sejak lapan tahun lalu, setelah pentadbiran negeri diambil alih oleh kerajaan Pakatan.
Semoga kita semua tidak akan dibutakan mata dan hati daripada menyaksikan kebenaran. –
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengkritik tindakan partinya yang tidak menghantar wakil ke majlis perasmian Bersatu di Stadium Malawati, pada Sabtu lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan, tindakan partinya itu seolah-olah memberi gambaran enggan menjalinkan kerjasama bersama gabungan pembangkang seperti diinginkan rakyat.
“Tidak wajar Pas tidak menghantar wakil mereka pada majlis pelancaran ini kerana masyarakat akan melihat seolah-olah Pas mahu memencilkan diri daripada satu kelompok ‘grand coalition’ dalam kalangan parti pembangkang yang ada ini.
“Tidak menghantar wakil kepimpinan tertinggi parti adalah langkah yang silap. Saya tidak tahu ketidaksediaan Pas untuk menjalin apa-apa kerjasama Pakatan Harapan atau dengan Bersatu,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.
Mahfuz satu-satunya pemimpin Pas yang hadir, meskipun Bersatu dilihat menyediakan beberapa kerusi untuk pemimpin Pas.
Mahfuz berkata, kehadirannya kerana mendapat jemputan daripada pihak Bersatu.
"Namun, saya tidak maklumkan kehadiran saya kepada kepimpinan Pas dan tindakan saya adalah atas kapasiti peribadi,” katanya.
Menurutnya, tidak menjadi kesalahan untuknya menghadiri apa juga program anjuran Pakatan Harapan kerana berasakan kehadiran itu atas kapasiti rakyat Malaysia.
Khalid tuntut segerakan siasatan serangan ke atas beliau di perkarangan Parlimen.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak agar siasatan ke atas serangan terhadap beliau di perkarangan bangunan Parlimen sebelum ini dipercepatkan.
Dalam sidang media bersama dengan peguamnya, Zulhazmi Sharif, Khalid mempertikaikan kenapa ia lambat diselesaikan sedangkan semua pihak sudah diambil keterangan.
Khalid Samad diserang di perkarangan bangunan Parlimen November lalu.Pada 24 November 2016 lalu, kira-kira 20 hingga 30 lelaki dan wanita menyerang Khalid di perkarangan bangunan Parlimen ketika Khalid sampai untuk menyertai sidang Dewan Rakyat itu.
Pada mulanya mereka hanya mengganggu Khalid, dengan menjerit 'Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak', tetapi selepas seorang daripada mereka jatuh ketika di depan beberapa pegawai keselamatan Parlimen, ia bertukar menjadi ganas.
Kumpulan rusuhan itu mengejar Khalid dan pegawai keselamatan Parlimen dapat melindunginya daripada sebarang kejadian tidak diingini.
Ekoran itu, Polis telah menahan 11 dari mereka dan mengambil keterangan.
Namun sehingga kini ia belum diselesaikan dan tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas mereka.
Semalam adalah tarikh akhir untuk kepimpinan PAKATAN HARAPAN & BERSATU menjemput PAS untuk bersama-sama dalam satu kerjasama untuk menumpaskan KERAJAAN BN dan menurunkan NAJIB dari takhta kuasa.
Nampaknya perlawaan yang dihulurkan dipandang sinis oleh PAS dengan memberikan syarat bahawa tiada kerjasama dengan DAP dan AMANAH namun dengan PKR dan BERSATU tiada masalah cuma satu syarat tambahan iaitu tiada kerjasama dengan TUN MAHATHIR.
Pada PH.& BERSATU tujuan mereka mengajak supaya diwujudkan kerjasama ini adalah kerana ingin memastikan 1 lawan 1 dengan BN dalam ertikata walau apa sengketa sesama kita namun musuh utama kita di depan kita tumbangkan dahulu dan ini dilakukan oleh TUN MAHATHIR & DS ANWAR dimana masing-masing melihat dan menumpukan akan agenda negara dan rakyat untuk menumbangkan BN dan NAJIB.
Dengan syarat-syarat dikatakan oleh PAS itu maka sudah tiba masanya PH & BERSATU memulakan langkah untuk bergerak tanpa memikirkan akan PAS lagi kerana sekarang bukan kita yang menolak mereka tapi mereka yang menolak kerjasama dengan berbagai rekacipta alasan yang dilihat menguntungkan BN disebabkan semuanya tidak ada kesatuan juga.
Jadi..lupakanlah PAS... bergeraklah biarpun 2 penjuru, 3 penjuru yang pasti gerak kerja kita lakukan dan musuh utama kita tumbangkan berserta dengan kuncu-kuncunya juga kita humban sekali.
Kepada PAS kita ucapkan selamat jalan dan semoga berjaya dengan cara politik anda.
Mohd Ikqmal Bin Hamdan Pemerhati Atas Pagar Penyokong PH & BERSATU
SHAH ALAM: Datuk Seri Mukhriz Mahathir optimis parti pembangkang dapat menawan hati rakyat, memenangi PRU14 akan datang untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan baharu walaupun berhadapan sekatan dan ugutan silih berganti.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bagaimanapun berkata, angan-angan itu hanya akan menjadi kenyataan jika rakyat bertindak dan sanggup mengorbankan kepentingan jangka pendek serta tidak mengharapkan orang lain menyelamatkan keadaan, lapor portal FMT.
“Melakukan perkara yang sama berulang kali sambil mengharapkan hasil yang berbeza atau lebih teruk lagi kalau kita tewas kepada dedak, maka itu semua hanya mimpi Mat Jenin semata-mata.
“Angan-angan yang tak akan menjadi nyata. Hidup kita semakin sengsara, masa depan anak cucu kita gelap gelita. Malaysia terus menuju binasa,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 ahli semasa majlis pelancaran parti itu di Stadium Melawati di sini, dekat sini.
Sehubungan itu, Mukhriz yang juga Adun Ayer Itam, Kedah turut menyeru orang ramai yang sayangkan negara dan menyedari kemungkaran dilakukan oleh parti yang memegang kuasa untuk bangkit melakukan perubahan.
“Kami sedar walaupun tidak mudah, ranjau dan duri melintang laluan, sekatan dan ugutan bersilih ganti, namun demi membela rakyat yang dianiayai dan mengharumkan semula nama Malaysia di persada dunia, kami galas amanah dan kepercayaan ini dengan tawaduk, taat, sabar dan qanaah.”
Turut hadir beberapa pemimpin Pakatan Harapan seperti Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok.
KUALA LUMPUR: AMANAH Nasional kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai untuk menilai semula kewujudan sekolah agama kerana disifatkan olehnya sebagai ancaman sebenar kepada perpaduan negara.
Naib Presidennya, Dr Hasan Baharom berkata, kenyataan seperti itulah yang sebenarnya boleh menyebabkan dasar perpaduan negara terancam sekaligus membawa kepada jurang integrasi antara kaum bertambah melebar.
Katanya, sekolah agama di negara ini tidak pernah menyekat mana-mana kaum untuk turut serta mengikuti sistem pendidikan yang ditawarkan sekiranya mereka sanggup mengikutinya.
“Masalah perpaduan kaum yang berlaku di negara ini bukanlah disebabkan nilai sistem persekolahan yang sedia ada, tetapi ia bertitik-tolak atas dasar tidak adanya kesungguhan politik yang tuntas di kalangan pihak tertentu,” katanya.
Selain daripada Umno, katanya, parti komponen BN sendiri sering memainkan isu-isu perkauman sebegini untuk survival politik masing-masing.
Kenyataan dari Gerakan ini sendiri sebagai satu contoh kerana ia sebenarnya bertujuan mencari political milleage bagi memenangi undi kaum Cina yang sudah beralih kepada pihak lain.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, kenyataan seperti itu tidak wajar diungkapkan oleh seseorang pemimpin yang kesannya besar dalam membawa mesej mengelirukan dan kurang tepat.
“AMANAH menyeru Gerakan agar mencontohi Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menterinya, YAB Lim Guang Eng, yang bukan sahaja mempunyai pandangan lebih positif terhadap pendidikan agama, malahan menggalakkan umat Islam Pulau Pinang mempelajari al-Qur’an dengan sebaiknya,” kata Dr Hasan.
You are subscribed to email updates from KDL. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Meskipun sudah berusia 46 tahun, pelakon dan model Nasha Aziz yang jarang muncul di kaca televisyen sehingga kini masih belum bertemu dengan jodoh.
Menurut Nasha, beliau sebenarnya selesa hidup sendirian dan menganggap ia bukanlah satu kekurangan.
"Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel.
Semua sedia maklum bahawa pada 6 Disember 2016, pengarah Azmi Hatta telah melawat anak perempuannya, Putri Sara Sefhia setelah selesai kes mahkamah dan jawab-menjawab di media tahun lalu dengan bekas isteri, Elly Mazlein.
Namun, baru-baru ini timbul pula cerita yang tidak sedap didengar apabila ada sesetengah pihak mendakwa kekasih Azmi, pelakon Faye Kusairi kurang senang apabila Azmi bertemu bekas isteri dan anaknya.
Akibat namanya hampir disenarai hitam, penyanyi dan pelakon Fiza Elite dalam kenyataan terbarunya telah menuntut bekas suaminya, Adam AF untuk membayar hutang kad kredit atas nama Fiza yang berjumlah RM16,000.
Bukan itu sahaja, Fiza turut menuntut Adam untuk melunaskan bayaran edah dan mutaah seperti yang dipersetujui ketika mereka bercerai pada 28 Februari 2015.
"Ketika berpisah, Adam bersetuju untuk memberikan nafkah edah RM1,500 selama tiga bulan, selain bayaran mutaah RM3,000 yang diberikannya secara sukarela. Pelbagai ayat manis yang dijanjikan, tetapi semuanya tinggal janji. Transaksi kad kredit itu dilakukan sepanjang kami hidup bersama.
Setelah lima tahun menyulam cinta, akhirnya bekas juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), Hazama, 33, sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Genervie Kam, 37, seorang pemuzik dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Majlis pernikahan yang diadakan secara kecil-kecilan di sebuah villa di Gombak yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman terdekat sahaja itu menyaksikan Genervie menerima mas kahwin sebanyak RM300.
16 01 2017 kola Lumpoq Adat kalau menyewa rumah haruihlah menjaga hak milik tuan rumah dengan baik walaupun dah tak mau tinggai di rumah tu seharuihnya soghang penyewa tinggaikan rumah tu dalam...
16 01 2017 kola Lumpoq soghang kanak kanak lelaki lebih kughang putuih jari akibat bermain rotoq geghek milik ayahnya yang diletakkan di dalam rumah Menerusi laman so sial Facebook soghang lela...
Appo Whang Od dibaca Fang Od yang berumoq 97 tahun ialah Kalinga mambabatok pelukih tatu tradisional palin tua di Filipina Tradisi ni hanya diwarisi oleh masyarakat Butbut Kalinga yang mana ...
ni saat yang menggempaqkan apabila soghang isteri yang berang berhadapan dengan pompuan simpanan suaminya dan menyepak pompuan hat sama dok habaq tadi di kepala sebanyak SEMBILAN kali pompuan tu m...
Rekaan PC berkuasa tinggi biasanya kelihatan macam sebuah produk fiksyen sains berteknologi makhluk asin Sejak dekad 90an estetik agresif dengan binaan lampu neon menjadi rekaan default PC yang ...
Dalam masa dua bulan lebih saja lagi pelakon Sharnaaz Ahmad akan melangkah ke alam rumah tangga bersama buah hatinya Nooq Nabila walaupun tampak macho dan steady daripada luaq Sharnaaz bagaim...
16 01 2017 Johoq Bharu Gara gara tak mengunci pintu pagaq rumah dua beradik nyaris menjadi mangsa culik oleh empat oghang lelaki yang tak dikenali di kawasan rumah depa sendiri Jumaat lepaih ...
Selamat tinggai 2016 dan selamat datang kepada 2017 Dengan kedatangan tahun baghu ni kami ingin memakai topi Nujum Pak Belalang Nostradamuih dan meramalkan sepuluh perkara yang haruih wujud pada ...
Beberapa minggu lepaih merupakan kemaskini torrrbaek yang U Mobile penah bawakan depa telah membawakan pertambahan tawaran kuota data tiga kali ganda dan jugak telah mengumumkan Game Onz iaitu p...
walaupun Nasha Aziz dah jarang jengoi di kaca tv masih dok ada yang ingin mengetahui perkembangan ceghita cinta beliau Menurut Nasha beliau sebenaqnya selesa hidup sendirian dan menganggap ia ...
Lebih daripada setahun bertolak ansoq dan bersabaq dengan bekaih suaminya Adam AF pelakon Fiza Halim dalam kenyataan terpalin baghu beliau menuntut Adam untuk melunaihkan bayaran edah dan mutaah m...
Minggu lepaih ada laporan surat khabaq kata Fattah Amin dan Neelofa la nih dah berbaik semula selepaih menghadapi beberapa gosip Malah Fattah ghamai dok kata berusaha sebaiknya untuk memukau ha...
Meski dah berusaha tapi hampa wajib memerhatikan 5 hal berikut untuk membuat diet perut buncit efektif 1 Diet Terlalu RinganUntuk menghilangkan perut buncit hampa haruih memiliki komitmen yang ...
Sediakan tisu pasai ni akan buat hampa meghajok Video ni menunjukkan beberapa ibu atau bapak dengan anak depa yang salin memandang satu sama lain menatap mata dalam keadaan yang sunyi selama empa...
Tahukah hampa mengikut kajian membaca buku dapat buat umoq hampa lebih panjang Sebelum Daliyah Marie Arana dilahiaqkan ibu bapanya bagitau dia dah belajaq membaca masa ibunya mengandungkan Dal...
Kehidupan penduduk Dusun Blokgagung Desa Karangdoro Kecamatan Tegalsari di Banyuwangi wilayah Jawa Timoq terganggu dengan fenomena nyamuk hijau di kawasan depa Kemunculan fenomena aneh hat sam...
Kejadian ni berlaku di Uttaq Pradesh India soghang gadih derita pasai mengalami gejala muntah berminggu minggu akhiaqnya berakhiaq setelah doktoq menemui beratuih ekoq cacin hidup di dalam perut ...
Sikitnya gaji aku boleh ke nak hidup Cukup ke nak tahan sampai hujung bulan Situasi ni mesti ghamai yang mengalaminya Tapi ghamai yang tak sedaq rejeki sikit atau banyak bukan persoalannya ...
Pemandangan biasa kalau kita tengok pompuan terutamanya makcik makcik yang berumoq juai pisang goreng di tepi jalan Tapi lagu mana pulak kalau tengok gadis gadih berkulit cerah dan muluih serta b...
Sesetengah oghang mempercayai bahawa berjumpak dengan oghang yang mirip dengan hampa ataupun pelanduk dua serupa adalah satu perkara yang buruk Perkara ni jugak dianggap boleh membawa kematian pa...
Didakwa berlagak diva kerana enggan memakai pakaian yang direka khas oleh seorang pereka fesyen, pelakon Janna Nick yang tidak mahu namanya terus dipandang negatif tampil memberikan penjelasannya. Menurut Janna, baju yang disediakan tidak sesuai dengan dirinya kerana ia agak seksi dan ada salah satu baju kelihatan sama dengan baju yang beliau pernah pakai dalam satu sesi fotografi sebelum ini.
Saya cakap jujur saja, baju yang dia sediakan tidak sesuai. Salah satu baju itu lebih kurang sama dengan baju yang saya pernah pakai ketika fotografi bersama media lain, risau orang kata saya ulang tayang baju sama pula. Baju yang kedua pula sejenis gaun, ia sangat seksi tanpa tali, di paras peha saja. Bayangkan! Itu bukan imej saya. Takkan saya nak merosakkan imej sendiri dengan berpakaian seksi demi menjaga hati orang lain?
Saya ada juga pakai salah satu baju dia walau pun gaun itu hanya dengan lengan pendek paras bahu. Apabila saya masuk bilik untuk mencuba baju ke-empat, dia (pereka pakaian) terus balik bawa semua baju tanpa bercakap sepatah pun dengan saya. Saya tak akan ubah cara pemakaian semata-mata untuk memuaskan hati mana-mana pihak.
Janna juga menafikan dakwaan kononnya beliau menarik muka selepas melihat koleksi pakaian yang disediakan oleh pereka fesyen tersebut.
Bila masanya pula? Saya menarik muka itu tidak benar. Ketika dia tunjuk koleksi baju yang dibawanya, saya terus beritahu tidak mahu pakai. Saya cakap dengan nada yang baik, bukan tarik muka tau.
Orang yang tidak tahu cerita sebenar akan beranggapan memang perangai saya macam itu dan akan kata itu memang perangai saya. Kalau boleh saya nak jumpa dengan dia semula. Bukan mencari gaduh tetapi saya mahu bincang, selesaikan perselisihan faham kami. Perkara ini tidak berlanjutan menjadi buruk. Sebab ianya melibatkan periuk nasi saya dan juga bisnes dia.
Bersabarlah Janna, kadang-kadang kita ini tidak boleh puaskan hati semua orang. Harapnya pereka fesyen itu sudi berjumpa Janna dan berbincang secara baik agar masalah ini tidak melarat.
Dalam masa dua bulan lebih sahaja lagi, pelakon Sharnaaz Ahmad akan melangkah ke alam rumah tangga bersama kekasihnya Noor Nabila. Meskipun tampak macho dan "steady" daripada luar, Sharnaaz bagaimanapun akui beliau rasa berdebar menjelang hari pernikahannya.
Saya akui saya rasa berdebar. Kadangkala saya rasa sukar untuk tidur dan melelapkan mata. Makin lama makin susah. Apa yang saya risaukan pun, saya sendiri kurang pasti. Selalunya, kalau saya tahu apakah punca yang membuatkan saya rasa resah, saya akan selesaikannya secepat mungkin. Tapi kali ini berbeza kerana saya rasa blur tanpa sebab.
Sharnaaz kini sudah melakukan persiapan untuk bergelar suami dan turut mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Tanggungjawab sebagai seorang suami bukanlah satu perkara yang mudah.
Tarikhnya semakin hampir. Saya sedar yang selepas ini tanggungjawab menjadi semakin besar. Selepas berkahwin, saya harus bekerja lebih kuat untuk isteri dan keluarga. Tidak hanya melakukan persiapan perkahwinan, saya juga mendekatkan diri kepada Allah sebagai persediaan untuk bergelar suami. Saya sendiri tidak menyangka saya akan berkahwin. Rasanya baru semalam saya masuk ke dalam industri ini.
Selepas dua tahun bercinta, Sharnaaz pada 18 Disember 2016 telah mengambil keputusan untuk merisik Noor Nabila.
Tanpa mengikat tali pertunangan, Sharnaaz dan Noor Nabila bakal diijabkabulkan pada 31 Mac ini di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kuala Lumpur.
Hari Sabtu lepas, majlis resepsi perkahwinan Mia Ahmad dan Izham Tarmizi Roslan berlangsung dengan cukup meriah sekali di Taiping Golf and Country Club dengan tema tradisional Melayu.
Kedua mempelai tampak kacak dan anggun dalam busana berwarna merah jambu hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Cosry.
Majlis dihadiri lebih 2,000 orang tetamu terdiri daripad keluarga kedua-dua belah pihak, saudara dan rakan-rakan.
Berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Mia Ahmad dan Izham Tarmizi dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
Lebih daripada setahun bertolak ansur dan bersabar dengan bekas suaminya Adam AF, pelakon Fiza Halim dalam kenyataan terbaru beliau menuntut Adam untuk melunaskan bayaran edah dan mutaah seperti yang dipersetujui ketika mereka bercerai pada 28 Februari 2015.
Malah, Adam juga dituntut untuk membayar hutang kad kredit atas nama Fiza yang berjumlah RM16,000 yang hampir membuatkan nama Fiza disenarai hitam.
Ketika berpisah, Adam bersetuju untuk memberikan nafkah edah RM1,500 selama tiga bulan, selain bayaran mutaah RM3,000 yang diberikannya secara sukarela. Pelbagai ayat manis yang dijanjikan, tetapi semuanya tinggal janji. Transaksi kad kredit itu dilakukan sepanjang kami hidup bersama.
Saya mempunyai bukti bertulis termasuk perbualan kami di aplikasi WhatsApp selain penyata kad kredit. Hanya enam kali Adam melunaskan pembayaran dan kali terakhir pada November tahun lalu. Disebabkan masalah hutang ini, nama saya hampir disenarai hitam masalah permohonan pinjaman untuk saya membeli kereta baharu juga tidak berjaya. Saya seperti terhegeh-hegeh menuntut hutang, sedangkan banyak panggilan dan mesej yang dihantar tidak dilayan.
Sebenarnya, Fiza agak terkilan dengan sikap Adam yang sering menunjukkan imej baik didepan masyarakat sedangkan beliau mengambil sikap tidak peduli dalam soal hutang.
Saya pernah terbaca, percubaannya sebagai pengusaha sabun menjadi, tetapi kenapa begitu liat untuk membayar hutang? Adam sering memperlihatkan imej "alim" tetapi apa yang dilakukannya bertentangan. Selama menjadi isterinya, saya sering dituduh jahat dan cuba mengikis duitnya. Bukan mahu memburukkannya, tetapi ketika berkahwin dulu, Adam tidak mengeluarkan wang sesen pun.
Fiza cuma berharap agar Adam tidak terus mengelak dan cuba untuk membayar hutangnya sedikit demi sedikit. Fiza akui beliau merasa malu apabila kekasihnya pula membantu beliau membayar hutang kad kredit sedangkan kekasihnya itu tidak ada kena mengena didalam hal berkenaan.
Erm, tidak mahulah bermasam muka dan timbul rasa tidak puas hati kerana masalah hutang. Harapnya Adam dapatlah berbincang secara elok dengan Fiza jika anda menghadapi masalah kewangan dan cuba untuk melunaskan hutang anda sedikit demi sedikit.
Muncul dengan single berjudul Ini Lagi Boom bersama penyanyi rap popular Waris, pelakon Nora Danish memberitahu beliau sebenarnya tidak mempunyai hasrat untuk serius dalam bidang nyanyian. Nora menerima tawaran untuk menyanyi hanya sekadar suka-suka dan ingin memeriahkan industri muzik tanah air.
Saya tidak boleh menyanyi langsung tapi bila pihak KRU dan Waris benar-benar yakin bahawa saya boleh melakukannya, jadi saya cuba. Tapi projek ini hanya sekadar suka-suka sahaja dan saya tidak fikir untuk serius atau jadikannya sebagai kerjaya pula.
Dalam lagu ini Waris yang banyak menyanyi, saya hanya rap sahaja, itu pun bukanlah rap, tapi saya rasa macam sajak sahaja.
Berbicara mengenai berita berkenaan, Fattah akui masih lagi berkawan dengan Neelofa dan hubungan mereka baik-baik sahaja. Buat Fattah, beliau enggan lagi membangkitkan apa yang telah terjadi sebelum ini.
Hubungan kami baik-baik sahaja dan masih berkawan. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini. Tentang cerita masa lalu, saya tak mahu ungkit dan tak mahu ulas walaupun saya tahu ramai yang membuat andaian sendiri sekarang ini apabila bercakap soal hubungan kami.
Kalau nak cakap tentang cerita yang bertebaran, belum tentu semua itu benar! Sekarang semua orang mahu jadi yang pertama mendedahkan sesuatu berita. Tak mengapalah asalkan tidak memberikan kesan buruk kepada kami.
Buat Fattah, lebih baik untuk orang ramai mendoakan yang terbaik untuk beliau dan Neelofa dan berhenti membuat cerita yang tidak benar.
Pada masa yang sama, Fattah menjelaskan lagu Wanita Terakhir sejujurnya ditujukan buat "si dia" yang kini cukup bermakna dalam hidupnya. Walaubagaimanapun, Fattah belum bersedia untuk mendedahkan siapakah gerangan wanita tersebut.
Ya, saya tidak mampu nafikan bahawa lagu itu adalah gambaran hati dan harapan saya juga. Saya akan terus menantikan 'dia' sampai bila-bila pun. Cuma buat masa sekarang, jangan tanya saya siapakah si 'dia' itu. Belum masanya untuk saya beritahu siapa yang dimaksudkan.
Tidak mengapalah, harapnya satu hari nanti Fattah Amin dapat tampil menjelaskan siapakah wanita yang sangat bermakna dan dinantikan oleh beliau itu. Ia sekaligus akan menjawab segala persoalan yang kini bermain di minda peminatnya.
Walaupun Nasha Aziz sudah jarang muncul di kaca televisyen, masih ada yang ingin mengetahui perkembangan kisah cinta beliau.
Menurut Nasha, beliau sebenarnya selesa hidup sendirian dan menganggap ia bukanlah satu kekurangan.
Saya sudah terbiasa dengan soalan mengenai jodoh. Kawan-kawan saya juga selalu bercakap, mereka sentiasa mendoakan saya supaya segera bertemu jodoh. Saya tidak marah pun, malah saya anggap perbuatan mereka itu comel.
Cuma saya ingin tegaskan, biarpun sendirian, saya tetap bahagia. Tidak pernah langsung saya anggap hidup solo itu sebagai satu kekurangan. Kebahagiaan bukan terletak kepada pasangan. Bagi saya, kita perlu hargai apa yang Allah kurniakan kepada kita.
Sejujurnya Nasha ada keluar temu janji bersama lelaki tetapi beliau masih belum bertemu dengan lelaki yang serasi dengan dirinya.
Bukan bermakna saya menolak jodoh kerana terus terang saya ada juga keluar dating. Tetapi kebanyakan lelaki yang saya temui tidak serasi dan bertentangan dengan apa yang saya cari.
Jika anda diluar sana yang masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai, janganlah putus asa dan bersedih. InshaAllah, satu hari nanti akan ada yang menjadi peneman serta pelengkap hidup anda, teruskan berdoa.
Tanggal 6 December 2016, pengarah Azmi Hatta akhirnya bertemu dengan anaknya Putri Sara Sefhia selepas konfliknya bersama bekas isteri, Elly Mazlein reda seketika.
Timbul pula cerita yang tidak sedap didengar apabila ada sesetengah pihak mendakwa kekasih Azmi, pelakon Faye Kusairi kurang senang apabila Azmi bertemu bekas isteri dan anaknya.
Walaubagaimanapun, Faye menerusi satu kenyataan kepada THE MALAY MAIL ONLINE memberitahu beliau langsung tidak merasa cemburu malah menggalakkan Azmi untuk bertemu dengan cahaya matanya.
Kenapa saya perlu cemburu? Saya sokong keputusannya itu. Malah sebelum ini sayalah yang mencadangkan kepada dia
Tapi saya tidak hebahkan kepada orang lain, lagi pun orang sudah membenci saya. Kita kata apa, orang tidak akan percaya.
Dalam pada itu, Faye memberitahu beliau dan Azmi masih sibuk berbincang mengenai perkahwinan mereka yang mungkin akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Hazama yang sudah selamat diijabkabulkan bersama pemuzik Genervie Kam pada jam 10.30 pagi tadi di sebuah villa terletak di Gombak selepas hampir lima tahun bercinta.
Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat. Genervie menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran tidak dinyatakan.
Ini adalah pilihan Hazama sendiri yang mahukan majlis yang kecil dan ringkas serta mengutamakan perkara yang wajib sahaja untuk bergelar suami isteri.
Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja.
Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran.
Alhamdullillah perancangan mereka untuk berumah tangga berjalan dengan lancar. Semoga perkahwinan Hazama dan Genervie Kam kekal sehingga akhir hayat. Amin..
No comments:
Post a Comment